HomeUtamaAmaran cuaca buruk sehingga Ahad ini – MetMalaysia

Amaran cuaca buruk sehingga Ahad ini – MetMalaysia

Read Time:37 Second

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk selama tiga hari berturut-turut melibatkan semua negeri di Semenanjung dan beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak sehingga Ahad ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, amaran cuaca buruk seperti hujan lebat, angin kencang dan ribut petir itu dijangka berlaku pada sebelah petang sehingga ke awal malam.

Katanya, selain itu, sepanjang tempoh tiga hari tersebut, hujan lebat dan ribut petir dijangka lebih tertumpu di kawasan Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Johor dan Negeri Sembilan dengan taburan hujan berterusan pada sebelah pagi hingga petang dan petang hingga ke tengah malam.

Dalam pada itu, cuaca lembap dan hujan juga berpotensi melanda dikebanyakan tempat di negeri Sarawak terutamanya Kapit dan Limbang serta kawasan pedalaman dan Pantai Barat di Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

Banyak pengisian baharu yang menarik sempena Regatta Lepa ke-29

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular