HomeUtamaHajiji beri penghormatan terakhir kepada pengasas PBRS

Hajiji beri penghormatan terakhir kepada pengasas PBRS

Read Time:1 Minute, 11 Second

Kota Kinabalu : Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor pagi tadi hadir memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Tan Sri Joseph Kurup.

Mendiang menghembuskan nafas terakhir Rabu lalu pada jam 6.22 petang di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

Hadir sama pada penghormatan terakhir itu adalah anak kepada mendiang yang juga Ahli Parlimen Pensiangan Datuk Arthur Joseph Kurup.

Hajiji turut diiringi Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif di Wisma Fook Lu Siew Funeral Parlour di sini hari ini.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir, Menteri Pembangunan Industri Datuk Phoong Jin Zhe.

Hajiji ketika ditemui merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang khususnya isteri Puan Sri Melinda Mak Soak Fong dan enam orang anak.

“Bagi pihak Kerajaan Sabah, saya mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Tan Sri khususnya Puan Sri dan juga Datuk Arthur Joseph Kurup.

“Beliau ialah seorang tokoh pemimpin yang banyak berjasa kepada negeri Sabah dan juga negara.

“Saya pernah berkhidmat sebagai Pembantu Menteri beliau pada tahun 1994 dan banyak saya belajar dan menerima pandangan nasihat daripada beliau,” katanya.

Beliau berkata, jasa khidmat bakti mendiang akan terus diingati dan rakyat khususnya di negeri ini kehilangan seorang pemimpin dan juga sahabat dalam perjuangan.

“Kenangan manis saya bersama beliau, saya pernah dibawa melawat ke South Afrika, Namibia, Maurices pada tahun 1994 dan banyaklah kenangan yang baik yang saya boleh belajar daripada mendiang Tan Sri,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

SPM 2023 : 484 calon di Sabah peroleh keputusan cemerlang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular