HomeSukanHaris Stamboulidis sah bersama Sabah

Haris Stamboulidis sah bersama Sabah

Read Time:1 Minute, 47 Second

Kota Kinabalu : Pemain import baharu Sabah FC Haris Stamboulidis sah beraksi bersama pasukan itu musim ini selepas menandatangani kontrak bagi mengharungi kempen Liga Malaysia 2024-2025 yang dijangka bermula Mei depan. 

Perkara itu disahkan Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee selepas ditanya mengenai status Haris yang dilihat mengikuti latihan bersama skuad Badak.

Katanya, pihak pengurusan Sabah FC setakat ini berpuas hati terhadap prestasi yang ditunjukkan Haris sekali gus mempunyai ciri-ciri pemain yang diperlukan bagi memperkukuhkan pasukan kelak.

Menurutnya, Sabah FC kini masih mempunyai satu slot lagi pemain import namun akan diisi sekiranya pihak pengurusan mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh.

“Kita akan bergantung sepenuhnya kepada kedudukan kewangan pihak pengurusan Sabah FC, jika mengizinkan kita akan menilai pemain import yang berkualiti untuk mengisi slot kekosongan berkenaan.

“Memang terdapat keperluan untuk menambah slot kekosongan pemain import tersebut, namun faktor kewangan juga perlu diambil kira sebelum memutuskannya,” katanya dalam sidang media di sini semalam.

Ketika ditanya mengenai status Dainel Ting Kim Swee berkata, pemain pertahanan itu kini masih lagi secara rasmi bersama Sabah FC secara pinjaman dari Johor Darul Ta’zim F.C. (JDT).

“Kita semua tahu Daniel Ting masih lagi bersama pasukan JDT jadi Sabah FC akan terus meminjamnya sehingga akhir musim ini.

“Secara keseluruhannya, Sabah FC berpuashati dengan prestasi yang ditunjukkan Daniel Ting sepanjang musim bersama pasukan,” katanya.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan Kim Swee berkata, Sabah FC akan mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan bermula 23 April ini di daerah Keningau.

“Sabah FC juga mengadakan ‘team building’ di Keningau termasuk akan meneruskan beberapa siri perlawanan persahabatan termasuk di Sandakan dan tawau.

“Ini merupakan satu agenda utama Sabah FC bagi mengeratkan lagi hubungan antara pemain serta pegawai termasuk menghargai sokongan penyokong setia Sabah FC,” katanya.

Katanya, Sabah FC juga akan terlibat menyertai kejohanan pertandingan Piala Sabah Maju Jaya (SMJ) dijangka akan bermula pada 29 April sehingga 5 Mei depan.

“Sabah FC nanti akan bermain dengan tiga pasukan termasuk satu slot perlawanan akhir pada Piala SMJ nanti.

“Jadi dengan persiapan ini saya percaya kita berada pada landasan yang cukup baik untuk memulakan kempen untuk liga yang akan bermula menjelang pertengahan Mei depan,” katanya. –SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala SMJ : Persiapan Sabah FC untuk lihat kekuatan, kelemahan pasukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya