HomeIsu tempatanUMS beri ruang pelajar jalankan latihan industri di NDRC

UMS beri ruang pelajar jalankan latihan industri di NDRC

Read Time:1 Minute, 48 Second

Kota Kinabalu: Pusat Kajian Bencana Alam (NDRC) Universiti Malaysia Sabah (UMS) membuka ruang latihan industri kepada empat pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Pengarah NDRC, Profesor Madya Ts. Gs. Dr. Carolyn Melissa Payus berkata, latihan industri itu merupakan salah satu daripada program pihaknya untuk membolehkan pelajar didedahkan dengan lebih dekat kepada pelbagai bentuk penyelidikan bencana alam serta pengurusan era perubahan iklim. 

Carolyn berkata antara yang dipelajari oleh mereka adalah pendedahan terhadap permodelan dan ramalan risiko banjir, praktikal dalam seismik dan reka bentuk bangunan, analisis geokimia serta perubahan iklim dan cuaca ekstrem. 

“Program latihan industri ini merupakan salah satu keperluan kurikulum akademik pelajar untuk mereka menamatkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Geosains) dengan Kepujian. 

“Melalui program ini juga pelajar berpeluang mengunjungi dan mengendali fasiliti SEISCOMP3 iaitu sistem pemantauan aktiviti seismik gempa bumi yang terdapat di makmal NDRC. 

“Sistem ini memantau aktiviti seismik gempa bumi (real time data) daripada stesen-stesen seismik gempa bumi di seluruh dunia termasuklah yang terdapat di Sabah. Sistem pemantauan gempa bumi di makmal NDRC ini merupakan hasil kerjasama strategik dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) sejak tahun 2021,” katanya.

Tambah Carolyn, pelajar yang menjalani program latihan industri di NDRC juga akan dilibatkan secara aktif dalam program khidmat masyarakat yang dianjurkan oleh NDRC. 

“Kami menjalankan bengkel pembentukan Task Force bersama komuniti serta program pendidikan bencana di beberapa kawasan hot spot bencana termasuklah sangkutan sementara di jabatan kerajaan yang mempunyai hubungan strategik dengan NDRC seperti MET Malaysia dan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).

“Program penempatan pelajar untuk latihan industri seperti ini telah bermula sejak tahun 2018 lagi dengan sejumlah lebih daripada 14 orang pelajar setakat ini telah berjaya menghabiskan latihan praktikal mereka di NDRC. 

“Justeru, NDRC mengalu-alukan penglibatan yang lebih ramai daripada pelajar dari universiti luar pada masa hadapan. Maklumat lanjut untuk permohonan bagi menjalani latihan industri di NDRC boleh dihantar ke alamat e-mel [email protected],” katanya. 

Program latihan industri ini diletakkan di bawah penyeliaan felo-felo utama NDRC iaitu, Dr. Janice Lynn Ayog, Ir. Ts. Dr. Noor Sheena Herayani Harith, Prof. Dr. Baba Musta dan Pegawai Penyelidik NDRC, Eldawaty Madran. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

20 anak yatim Rumah Amal Kasih Kingfisher terima sumbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya