HomeUtamaJoseph Kurup seorang kawan, pemimpin yang baik dan fokus bekerja- Fadillah

Joseph Kurup seorang kawan, pemimpin yang baik dan fokus bekerja- Fadillah

Read Time:1 Minute, 24 Second

Kota Kinabalu : Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menyifatkan pemergian bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan dan Integrasi Nasional) Tan Sri Joseph Kurup sebagai seorang pemimpin yang banyak menyumbang kepada pembangunan negeri Sabah.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air itu turut menyifatkan pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) itu sebagai seorang yang mempunyai sifat lemah lembut dan fokus bekerja.

Beliau berkata, pemergian bekas Ahli Parlimen Pensiangan itu juga dilihat sebagai satu kehilangan besar buat Sabah dan juga Malaysia secara amnya.

“Beliau merupakan seorang yang banyak menyumbang kepada pembangunan negeri Sabah dan juga Malaysia.  Pengalaman saya ada bersama beliau ketika dalam Kabinet, seorang yang lemah lembut, fokus pada kerja.

“Dan untuk itu saya secara peribadi kehilangan seorang kawan yang baik dan seorang pemimpin yang baik.  Jadi saya mengharapkan dan mendoakan yang segala kebaikan untuk keluarga dan juga untuk mendiang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas hadir memberi penghormatan terakhir kepada mendiang di Wisma Fook Lu Siew Funeral Parlour, Kota Kinabalu di sini hari ini.

Sementara itu, Fadillah turut berkata, terlalu banyak kenangan manis beliau bersama mendiang termasuk perjuangan dalam usaha membawa perpaduan negara ketika mendiang menjawat portfolio sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri termasuk memperjuangkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Jasad mendiang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada jam 11.20 malam tadi dengan pesawat komersial sebelum dihantar ke Wisma Fook Lu Siew bagi memberi ruang kepada orang ramai untuk memberi penghormatan terakhir.

Pengebumian jasad mendiang turut dijadualkan akan diadakan pada 23 April ini.

Mendiang dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.22 petang Rabu lalu di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur. – SABAH MEDIA / FOTO FB TPM 2

RELATED ARTICLES
Utama

FCDO  jamin teliti permintaan Sabah tarik semula larangan perjalanan ke Pantai...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular