HomeUtamaRM30 juta projek penggantian sekolah daif SK Tamu Darat

RM30 juta projek penggantian sekolah daif SK Tamu Darat

Read Time:1 Minute, 44 Second

Kota Belud: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meluluskan peruntukan sebanyak RM30 juta bagi tujuan penggantian sekolah daif Sekolah Kebangsaan (SK) Tamu Darat.

Menterinya Fadhlina Sidek berkata, rekabentuk bangunan telah siap dan pembinaan dijangka bermula Ogos tahun ini.

Beliau berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah bersama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) dan pihak sekolah juga telah mengadakan lawatan tapak pada 3 Julai 2023.

“Sekarang dalam proses tander dan penggantian semula bangunan sekolah SK Tamu Darat dijangka bermula Ogos tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan di beberapa sekolah rendah dan menengah di kawasan Kadamaian.

Fadhlina mengadakan lawatan ke Sabah untuk melihat sendiri isu-isu dan keperluan sekolah daif yang sering dibangkitkan oleh wakil-wakil rakyat di kawasan itu 

Beliau diiringi oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick, Ahli Parlimen Kota Belud Isnaraissah Munirah Majilis dan Pengarah Pendidikan Sabah Raisin Saidin.

Ewon mengiringi Fadhlina melawat empat sekolah di Kadamaian yang memerlukan perhatian segera iaitu SK Rangalau, SRA Rangalau, SK Tamu Darat dan SMK Narinang.

Fadhlina berkata, secara keseluruhannya, sebanyak 38 buah sekolah di kawasan Kadamaian dikategorikan sebagai sekolah daif.

“Di daerah Kota belud ini sahaja, sebanyak 38 sekolah daif sedang kita beri perhatian sepenuhnya sama ada dalam pembinaan semula atau untuk penyelenggaraan.

“Lawatan ini sangat positif dan saya ucapkan terima kasih kepada kedua-dua wakil rakyat kawasan ini iaitu Datuk Ewon sebagai Adun Kadamaian dan Munirah sebagai Ahli Parlimen kerana turut bersama dalam lawatan ini dan banyak berkongsi apa keperluan sekolah-sekolah di sini,” katanya.

Beliau berkata, secara keseluruhannya, KPM telah memperuntukkan RM59 juta untuk menyelenggara institusi pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, melibatkan 1,200 projek.

‘Penyelenggaraan ini memang sentiasa berterusan, mana-mana sekolah yang memerlukan, peruntukan itu memang kita berikan. 

“Ada peruntukan khusus misalnya tahun lepas untuk pembinaan tandas sekolah dan tahun ini kita akan mulakan tandas-tandas SBK (Sekolah Bantuan Kerajaan), penyelenggaraan ini kita buat di seluruh negara.

“Sabah memang sentiasa menerima peruntukan terbesar daripada kerajaan, tahun ini sahaja sebanyak RM59 juta telah diperuntukkan untuk penyelenggaraan institusi pendidikan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji terima kunjungan hormat Penasihat Komuniti Puisi Esei Asean Denny JA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya