HomeIsu tempatanKPDN Sandakan, MPOB laksana Ops Tiris banteras penyelewengan barang kawalan

KPDN Sandakan, MPOB laksana Ops Tiris banteras penyelewengan barang kawalan

Read Time:2 Minute, 2 Second

Sandakan : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan  Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Cawangan Sandakan melaksanakan Ops Tiris bersepadu di sekitar daerah di sini semalam.

Operasi yang dilaksanakan lapan pegawai itu bertujuan untuk mencegah dan membanteras kegiatan penyelewengan barang kawalan khasnya minyak masak bersubsidi di daerah Sandakan.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah Pejabat KPDN Sandakan Azdy Zukkry John berkata, satu serbuan telah dijalankan di sebuah premis gudang jam 2.30 petang semalam yang disyaki ada menyimpan minyak sawit tanpa lesen MPOB yang sah di bawah Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998, Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Pelesenan) 2005. 

Katanya, semasa serbuan dijalankan, tidak ada kehadiran pekerja di gudang terbabit.

“Pemeriksaan di gudang berkenaan telah mendapati tiga buah lori tangki minyak sawit tanpa muatan minyak sawit, 13 tangki IBC yang tidak berisi, dua buah skid tank yang tidak berisi dan sebuah lori tangki minyak diesel yang tidak berisi.

“Pemantauan selanjutnya akan dijalankan terhadap gudang terbabit.

Pemeriksaan seterusnya oleh pasukan ini telah dijalankan di sebuah kilang membungkus semula minyak masak bersubsidi di kawasan Sibuga, Sandakan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Azdy berkata, pemeriksaan menyeluruh dilaksanakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 terhadap kilang berkenaan dengan menyemak dokumentasi melibatkan buku stok serta dokumen transaksi dan pengedaran minyak masak bersubsidi yang dikeluarkan oleh kilang terbabit. 

Kayanya, hasil pemeriksaan mendapati kilang berkenaan mematuhi segala perundangan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122), mana-mana individu yang disabit dengan kesalahan boleh didenda tidak lebih RM 1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Manakala bagi kesalahan kedua atau berikutnya didenda tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi syarikat pula, jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM2 juta, manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5 juta,” katanya.

Dalam pada itu, Azdy berkata, KPDN Sandakan akan terus menjalankan pemeriksaan dan pemantauan secara bersepadu khasnya ke atas barang-barang kawalan khasnya di Sandakan.

Katanya, ini adalah bagi membanteras penyelewengan barang kawalan terbabit di samping memastikan pematuhan oleh pengilang, pemborong dan peruncit di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan juga di bawah undang-undang agensi yang berkaitan.

“KPDN Cawangan Sandakan sentiasa mengalu-alukan sebarang maklumat dan aduan berkaitan salah laku peniaga.

“Pengguna boleh bertindak sebagai mata dan telinga kepada KPDN dengan menyalurkan aduan menerusi saluran-saluran rasmi aduan yang disediakan,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO KPDN Sandakan

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

KAFA UMS komited fokus kemenjadian murid seimbang ilmu, adab dan sahsiah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya