HomeIsu tempatanMaritim Malaysia tahan dua bot nelayan vietnam, rompak hasil laut

Maritim Malaysia tahan dua bot nelayan vietnam, rompak hasil laut

Read Time:1 Minute, 7 Second

Kudat : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan dua buah Bot Nelayan Asing Vietnam (BNAV) yang sedang leka mengaut hasil laut di sekitar 5.2 dan 4.4 batu nautika timur laut Pulau Sibongor Laut, di sini semalam.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata, kedua-dua bot terbabit berjaya dikesan aset ronda Zon Maritim Kudat ketika menjalankan rondaan Op Khas Pagar Laut.

“Semasa diperiksa didapati, seramai 12 orang individu warganegara Vietnam berusia lingkungan 23 hingga 53 tahun yang mengendalikan kedua-dua bot berkenaan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Pemeriksaan lanjut ke atas dua bot terbabit juga telah menemui lebih kurang 20 kilogram Balat basah, peralatan menangkap Balat yang diperbuat daripada besi serta lebih kurang 600 liter minyak diesel.

“Keseluruhan nilai rampasan termasuk bot dianggarkan lebih kurang RM3.5 juta,” katanya dalam kenyataan di sini.

Maurice berkata, kesemua suspek bersama bot dan barang rampasan seterusnya ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1956/63.

Katanya, Zon Maritim Kudat menyeru kepada masyarakat khususnya komuniti maritim di daerah ini untuk sama-sama membantu Maritim Malaysia dengan melaporkan sebarang salah laku atau kegiatan jenayah yang berlaku di laut kepada Maritim Malaysia di talian 088-611858 (Pusat Operasi Kudat) dan talian MERS 999 yang beroperasi 24 jam. – SABAH MEDIA / FOTO MARITIM MALAYSIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

20 anak yatim Rumah Amal Kasih Kingfisher terima sumbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya