HomeUtamaPenemuan serpihan tulang manusia telah dibakar, suspek lelaki ditahan

Penemuan serpihan tulang manusia telah dibakar, suspek lelaki ditahan

Read Time:1 Minute, 8 Second

RANAU: Seorang suspek lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan serpihan tulang disyaki tulang manusia yang telah dibakar di kawasan hutan belakang sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Kipaliu dekat sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Simiun Lomudin berkata, semalam, jam lebih kurang 9.43 malam, pihaknya menerima satu laporan polis daripada seorang pengadu yang telah menjumpai serpihan tulang disyaki tulang manusia yang telah dibakar di kawasan hutan belakang sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Kipaliu Ranau.

“Penemuan serpihan tulang manusia itu dipercayai milik bapa saudara pengadu yang hilang sejak 16 April lalu,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Bagaimanapun, Simiun berkata, kesemua serpihan tulang yang dijumpai akan dihantar ke Jabatan Kimia Kota Kinabalu untuk tujuan analisa perbandingan DNA.

Berikutan dengan kes tersebut, jam lebih kurang 10 pagi tadi (19 April), Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau telah berjaya menangkap seorang suspek lelaki yang merupakan anak saudara mangsa sendiri yang berusia lingkungan 48-50an tidak jauh dari lokasi kejadian untuk membantu siasatan.

“Kes diklasifikasikan sebagai bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Pihak Polis menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes ini yang boleh mengganggu siasatan serta menggugat ketenteraman awam dan menyerahkan tindakan kepada pihak polis.

“Justeru, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi Polis Daerah Ranau ditalian 088-875222,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji terima kunjungan hormat Penasihat Komuniti Puisi Esei Asean Denny JA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya