HomeUtamaPolis buru dua suspek conteng dinding Starbucks di Tawau

Polis buru dua suspek conteng dinding Starbucks di Tawau

Read Time:1 Minute, 1 Second

TAWAU: Polis sedang giat memburu dua suspek disyaki menconteng dinding premis Cafe Starbucks di Jalan T2 Apas di sini pada Khamis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau Superintendan Champin Piuh ketika dihubungi Sabah Media mengesahkan kejadian dan laporan polis telahpun diterima daripada pihak pengurusan Starbucks.

“Semalam ada laporan polis telah dibuat oleh pihak pengurusan Starbucks di Jalan T2 Apas Tawau menyatakan pada 18 April 2024 jam lebih kurang 8.30 pagi penyelia Tapak Bangunan T2 melihat di bahagian dinding bangunan Cafe Starbucks telah diconteng dengan cat ” Free Boikot dan Free Palestin”.

“Hasil semakan melalui kamera litar tertutup (CCTV) mendapati terdapat kelibat dua individu disyaki melakukan perbuatan tersebut dengan menggunakan spray namun imejnya kurang jelas.

“Walaubagimana pun pihak pengurusan T2 Bangunan dan pihak Starbucks bertindak segera memadam contengan tersebut,” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau turut menasihatkan kepada orang ramai atau individu yang gemar membuat contengan di dinding premis supaya menghentikan perbuatan ini agar tidak mengeruhkan keadaan aman dan tenang di daerah Tawau.

“Jika didapati individu berkenaan dikenal pasti, pihak polis akan mengambil tindakan undang undang yang sedia di negara ini,” tegasnya.

Menurut Champin, kini usaha mengesan kedua-dua suspek yang bertanggungjawab menconteng dinding bangunan itu masih diteruskan.

“Kes disiasat di bawah seksyen 427 kanun kesiksaan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

CIS serah zakat perniagaan RM100,000

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya