HomeSukanPerlawanan persahabatan Sabah FC menentang Melaka FC malam esok dibatalkan

Perlawanan persahabatan Sabah FC menentang Melaka FC malam esok dibatalkan

Read Time:1 Minute, 15 Second

Kota Kinabalu : Perlawanan persahabatan antara Sabah FC menentang Melaka FC yang sepatutnya berlangsung malam esok di Stadium Likas Kota Kinabalu terpaksa dibatalkan berikutan gangguan operasi penerbangan di ruang udara Sabah.

Pengarah Sabah FC, Mohd Joh Wid berkata, pembatalan itu adalah selepas pihaknya menerima surat makluman daripada Melaka FC berhubung pembatalan jadual penerbangan yang menyebakan pasukan itu tidak dapat datang ke negeri ini.

Katanya, pembatalan penerbangan itu juga adalah susulan impak yang tercetus akibat letusan Gunung Ruang di Sulawesi, Indonesia baru-baru ini.

Menurutnya,  Sabah FC memohon maaf serta mengucapkan terima kasih atas sokongan semua peminat bola sepak yang sudah membeli tiket untuk menyaksikan perlawanan berkenaan.

“Kita berharap agar kejadian letusan Gunung Ruang ini akan kembali pulih seperti sediakala dan tiada sebarang perkara tidak diingini  berlaku bagi membolehkan jadual perlawanan persahabatan lain dapat diadakan selepas ini.

“Setakat ini Sabah FC akan menawarkan dua pilihan kepada mereka yang sudah membeli tiket perlawanan tersebut iaitu sama ada wang akan dikembalikan atau diubah untuk menyaksikan perlawanan Piala SMJ nanti,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mohd Joh berkata, setakat ini belum ada pengumuman rasmi sama ada perlawanan Sabah FC menentang Melaka FC akan dijadualkan semula dalam tempoh terdekat.

“Apa yang pasti tiket perlawanan membabitkan Sabah FC menentang Melaka FC boleh digunakan untuk menyaksikan salah satu perlawanan pada kejohanan Piala Sabah Maju Jaya (SMJ) nanti.

“Sekali lagi bagi pihak Sabah FC memohon kemaafan atas perkara ini dan berharap agar keadaan akan kembali pulih dalam tempoh terdekat,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala SMJ : Persiapan Sabah FC untuk lihat kekuatan, kelemahan pasukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya