HomeIsu tempatanTiga tindakan kes berjaya diambil sepanjang SHMMP Hari Raya di Sabah

Tiga tindakan kes berjaya diambil sepanjang SHMMP Hari Raya di Sabah

Read Time:1 Minute, 4 Second

Kota Kinabalu : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah berjaya mengambil tiga tindakan kes hasil pemeriksaan di 673 buah premis perniagaan di seluruh negeri sepanjang pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2024.

Pengarah KPDN Sabah Georgie Abas berkata, dua dari premis tersebut diambil tindakan atas kesalahan gagal meletakkan tanda harga warna merah jambu bagi barangan yang termasuk dalam senarai barangan harga terkawal.

“Manakala satu premis lagi diambil tindakan atas kesalahan menggunakan alat timbang yang tidak ditentusahkan bagi tujuan perdagangan.

“Ketiga-tiga premis telah dikenakan Kompaun On The Spot (KOTS) yang mana dua daripada mereka telah menjelaskan kompaun tersebut manakala satu lagi premis belum dan diberi masa 14 hari untuk menjelaskan kompaun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Georgie berkata, pihaknya tidak menerima sebarang aduan khusus berkenaan salah laku peniaga yang menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum ditetapkan mahupun kesalahan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal sepanjang SHMMP Hari Raya Puasa 2024 berlangsung.

Untuk rekod, tempoh pelaksanaan SHMMP Hari Raya Puasa adalah selama 15 hari iaitu lima hari sebelum hari perayaan, dua hari pada hari perayaan dan lapan hari selepas hari perayaan.

Sebanyak 19 jenis barangan diwartakan bagi pelaksanaan SHMMP Hari Raya Puasa 2024 di Sabah. – SABAH MEDIA / FOTO KPDN SABAH 

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

EU komited bantu Sabah atasi isu keselamatan, tenaga

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya