HomeUtamaHQE 2 dijenamakan semula sebagai Pusat Jantung Sabah

HQE 2 dijenamakan semula sebagai Pusat Jantung Sabah

Read Time:1 Minute, 23 Second

Kota Kinabalu : Hospital Queen Elizabeth (HQE) 2 dijenamakan semula sebagai Pusat Jantung Sabah (PJS) bagi memenuhi keperluan rawatan jantung di negeri ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan perkara itu berkata, Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM80 juta bagi tujuan menaik taraf HQE 2 sebagai sebagai hospital pakar jantung.

“Maka dengan ini saya umumkan supaya kemudahan khas atau lot khas untuk jantung negara yang disebut Pusat Jantung Negara Sabah disediakan di Sabah.

“Dengan ini ia akan menjadikan Sabah memiliki kemudahan rawatan pakar jantung yang kedua di negara selepas Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

“Perkhidmatan ditawarkan menerusi seramai tiga orang pakar dan 120 orang tenaga sokongan terlatih sedia ada membabitkan peruntukan sebanyak RM 80 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Peringkat Kebangsaan, di sini, hari ini.

Majlis turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni.

Hadir sama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salag serta Kabinet Persekutuan dan negeri.

Anwar berkata, kerja-kerja awal untuk menaik taraf HQE 2 sebagai PJN Sabah akan bermula pada tahun ini dan kemudahan itu adalah bagi menambah baik Perkhidmatan Kardiologi sedia ada di HQE 2

Pada masa ini, perkhidmatan kardiologi dan kardiotorasik dewasa dan kanak-kanak disediakan di HQE 2.

Dalam pada itu, Anwar berkata, antara fasiliti yang disediakan adalah 107 katil pesakit, klinik pakar, Makmal Kateterisasi Invasif dan Bukan Invasif (Invasive and Non-Invasive Catheterization Laboratory – ICL); dan Dewan Bedah Kardiotorasik.

“Perkhidmatan ditawarkan adalah melalui tiga orang pakar iaitu seorang masing-masing pakar kardiologi, pakar bedah jantung dan pakar bius jantung; dan 120 orang jururawat terlatih,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Pembangunan infrastruktur asas, utiliti perlu perhatian khusus

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular