HomeUtamaSegera dapatkan rawatan di klinik kesihatan, hospital sekiranya alami gejala pernafasan

Segera dapatkan rawatan di klinik kesihatan, hospital sekiranya alami gejala pernafasan

Read Time:1 Minute, 39 Second

Kota Kinabalu: Orang awam dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan di klinik kesihatan dan hospital terdekat sekiranya mengalami tanda atau gejala pernafasan susulan kejadian letusan gunung berapi di Gunung Ruang di Pulau Sulawesi, Indonesia baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Datuk Asits Sanna berkata,  penilaian risiko yang dijalankan mendapati pada ketika ini tiada keperluan untuk memakai pelitup muka di kawasan terbuka.

“Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) telah menjalankan penilaian risiko dan mendapati buat masa ini, tiada keperluan memakai pelitup muka di kawasan terbuka.

“Namun demikian, orang awam dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan di klinik kesihatan dan hospital yang terdekat sekiranya mengalami tanda dan gejala pernafasan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Asits berkata, pihaknya juga turut memantau penyakit berkaitan jerebu seperti jangkitan saluran pernafasan atas, asma, dan juga penyakit konjunktivitis di beberapa klinik kesihatan dan hospital sentinel di Negeri Sabah.

Justeru katanya, JKNS menasihati orang ramai untuk mengikuti laporan status kualiti udara yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar  https://apims.doe.gov.my/home.html dan mengambil tindakan kesihatan berpandukan IPU di kawasan masing-masing.

“JKNS sentiasa memantau persekitaran akibat kejadian letusan gunung berapi ini serta kejadian penyakit akibat pencemaran udara.

“Sebarang perubahan    status    pencemaran    udara    akan     dimaklumkan dari masa ke semasa,” katanya.

Sehingga kini, Gunung Ruang telah meletus sebanyak enam kali dengan asap letusan berwarna kelabu hingga hitam dengan ketinggian sekitar 3,000 meter (9,843 kaki) diperhatikan di atas puncak, disertai dengan bunyi deruan dan gempa bumi.

Beberapa lokasi di kepulauan berdekatan telah mengalami hujan abu gunung berapi. Letusan gunung berapi boleh membebaskan zarah berbahaya seperti abu serta gas karbon dioksida (CO2) dan sulfur dioksida (SO2). 

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan, letusan yang dicerap adalah sehingga 16,764 meter (55,000 kaki) di udara. Walau bagaimanapun, pemantauan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak menunjukkan bahawa kualiti udara di permukaan bumi terjejas. SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Utama

Had laju diubah, kurangkan risiko kemalangan di Jalan Lintas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya