HomeIsu tempatanPIBG berperanan wujudkan permuafakatan dan pencapaian sebuah sekolah

PIBG berperanan wujudkan permuafakatan dan pencapaian sebuah sekolah

Read Time:1 Minute, 19 Second

Kota Kinabalu : Kecemerlangan sesebuah organisasi atau persatuan amat bergantung kepada beberapa elemen yang perlu digerakkan secara bersama dan seiring.

Focal Person Kebangsaan Penglibatan Ibu Bapa,Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) Sabah  Mohammad Arif Tun Sakaran berkata, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan sebuah organisasi yang cukup signifikan dalam mewujudkan permuafakatan sesebuah sekolah.

“Tidak dinafikan, peranan dan tanggungjawab PIBG di sekolah memberi kesan kepada kemajuan dan pencapaian kerana PIBG menjadi medium atau wahana untuk mencetuskam halatuju dan matlamat sekolah ke arah kecemerlangan dalam pendidikan.

“Pengurusan PIBG yang cemerlang akan melahirkan sekolah yang terbilang dan saya berharap segala perancangan yang dirancang akan dapat dilaksanakan sepenuhnya bagi mencapai Hasrat yang sama-sama kita inginkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Gaya kali ke-15 di sini hari ini.

Hadir sama Pengetua SMK Pulau Gaya Kinit Tagok.

Mohammad Arif berkata, pihaknya menyeru agar semua pihak dapat bersama-sama berpadu tenaga dan menyumbang buah fikiran dalam membangunkan dan memajukan PIBG demi kecemerlangan pendidikan pelajar khususnya di sekolah berkenaan.

Katanya, elemen perpaduan dalam kalangan ahli adalah sangat penting yang akan membolehkan sesebuah organisasi itu memaksimumkan sumber tenaga, usaha ke arah kecemerlangan.

“Dalam merealisasikan dasar pendidikan negara, aspek pengurusan adalah sangat penting.  PIBG harus cekap dan berkesan bagi menghadapi perubahan-perubahan semasa.

“PIBG boleh melaksanakan banyak aktiviti yang dirancang dan disusun mengikut keperluan sekolah seperti program kelas tambahan, kem motivasi untuk pelajar, program gotong-royong, seminat dan sebagainya.

“Pengurusan PIBG yang cekap dan berkensan akan mencerminkan kualiti kepimpinan yang berwibawa dan mencapai objektif persatuan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup PATI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya