HomeUtamaAnwar berangkat balik ke ibu negara

Anwar berangkat balik ke ibu negara

Read Time:58 Second

Kota Kinabalu : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat balik ke ibu negara menggunakan pesawat khas kira-kira jam 2.45 petang tadi.

Hadir mengucapkan selamat jalan di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa (KKIA) ialah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Kadzim M. Yahya.

Turut hadir Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Arifin Mohd Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr. Safar Untong dan Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Makhzan Mahyuddin.

Anwar yang dalam lawatan kerja sehari ke Sabah telah mesyuarat Majlis Pimpinan Parti Keadilan Negeri Sabah dan menghadiri taklimat pembangunan negeri Sabah sebelum menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Madani 2024 peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Turut serta dalam pesawat ialah Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, Menteri Pendidikan Malaysia, Fadhlina Sidek.

Dalam pada itu, pesawat khas yang membawa Timbalan Perdana Menteri II Datuk Seri Fadillah Yusof turut berlepas pulang ke Sarawak kira-kira jam 4 petang tadi selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Madani Peringkat Kebangsaan 2024 di SICC.

Manakala, Timbalan Perdana Menteri I Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pula dijadualkan berangkat balik ke ibu negara esok.

RELATED ARTICLES
Utama

Had laju diubah, kurangkan risiko kemalangan di Jalan Lintas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya