HomeUtamaPM Anwar hadiri taklimat pembangunan negeri Sabah di Menara Kinabalu

PM Anwar hadiri taklimat pembangunan negeri Sabah di Menara Kinabalu

Read Time:54 Second

BERNAMA

Kota Kinabalu :  Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Menara Kinabalu di sini hari ini bagi menghadiri taklimat pembangunan negeri Sabah.

Anwar yang tiba pada 10.13 pagi diiringi Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan Timbalan-timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, Datuk Dr Joachim Gunsalam dan Datuk Shahelmey Yahya.

Hadir sama pada taklimat itu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air serta menteri-menteri Kabinet Persekutuan.

Taklimat yang berlangsung kira-kira satu setengah jam itu disampaikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong yang turut dihadiri ketua-ketua jabatan negeri dan Persekutuan, agensi kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan.

Terdahulu, Anwar yang juga Presiden PKR menghadiri perjumpaan khas bersama Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah dan seterusnya menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa (SICC) di sini.

Semalam pesawat khas yang membawa Anwar tiba di Terminal Dua, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada 11.40 malam dan beliau dijadualkan berlepas pulang ke Kuala Lumpur petang ini.  BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

Tun Musa berjaya bangunkan ekonomi Sabah – Arif Sakaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular