HomeUtamaJHEAINS bina pejabat baharu di lima daerah

JHEAINS bina pejabat baharu di lima daerah

Read Time:1 Minute, 5 Second

Kota Kinabalu : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) akan membina lima buah pejabat baharu melibatkan lima daerah di negeri ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Arif berkata, ia adalah bagi memudahkan masyarakat khususnya umat Islam menjalankan urusan berkaitan hal ehwal agama dengan lebih mudah.

“Saya ingin memaklumkan bahawa untuk program-program keagamaan pada tahun ini, Kerajaan negeri melalui JHEAINS akan membina lima buah pejabat agensi agama yang baharu.

“Ini adalah bagi memudahkan masyarakat khususnya umat Islam menjalankan urusan dengan JHEAINS yang berkaitan dengan urusan hal ehwal agama Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut di kediamannya di sini pagi tadi.

Arifin yang juga ADUN Membakut berkata, antara daerah dikenal pasti bagi pembinaan pejabat baharu itu adalah di Membakut, Tuaran, Tambunan, Kalabakan dan Ranau.

Katanya, pihaknya berharap agar kewujudan pejabat baharu itu nanti akan dapat memberi satu lagi imej baru kepada agensi agama itu di Sabah.

“Apa yang utama dan penting adalah ia akan dapat memudahkan rakyat berurusan dengan JHEAINS lebih mudah dan dekat bagi urusan hal ehwal agama,” katanya.

Terdahulu, majlis yang dihadiri lebih 5,000 pengunjung terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat itu turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan beberapa ahli Kabinet Sabah. – SABAH MEDIA 

RELATED ARTICLES
Utama

FCDO  jamin teliti permintaan Sabah tarik semula larangan perjalanan ke Pantai...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular