HomeUtamaKunjung mengunjung kukuhkan silaturrahim - Azizah

Kunjung mengunjung kukuhkan silaturrahim – Azizah

Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU : Suasana sambutan Rumah Terbuka masih lagi diadakan oleh beberapa pemimpin di negeri ini.

Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang mengembirakan bukan sahaja bagi umat Islam di negara ini tetapi juga kepada semua rakyat Malaysia.

Kita rakyat Malaysia, tanpa mengira kepercayaan agama menyambut perayaan ini bersama-sama dengan cara yang unik kepada masyarakat Malaysia.

Adalah menjadi lumrah tradisi di negara kita bahawa pada Hari Raya, kita saling bertukar salam dengan rakan-rakan Islam, rakan sejawat dan kaum keluarga serta turut mengunjungi dan merayakan rumah terbuka.

Sambutan perayaan ini oleh masyarakat Malaysia yang mempunyai kepercayaan lain mencerminkan perpaduan, keharmonian dan toleransi agama yang wujud dalam masyarakat Malaysia yang berbilang budaya.

Ciri-ciri inilah yang menjadikan kebanyakan masyarakat dunia menyanjung malah merasa iri hati kepada kita. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus berbangga dan bersyukur kepada ciri-ciri ini.

Sehubungan dengan itu, Ketua Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata, tradisi rumah terbuka secara tidak langsung merapatkan hubungan antara pemimpin dan rakyat.

“Menerusi majlis seperti ini perpaduan kaum dapat diperkukuhkan melalui budaya kunjung-mengunjung.

“Selain, rakyat berbilang kaum di negeri ini bebas mengamalkan cara hidup tanpa sebarang diskriminasi termasuk menganjurkan sambutan sempena hari kebesaran sama ada Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediamannya di Kampung Likas semalam.

Turut hadir mantan Speaker Dun Sabah, Datuk Seri Syed Abas Syed Ali, ahli Masjid Bandaraya, CEO IDS Sabah, Datuk Dr Rem Dambul, Ketua Wanita Gagasan Rakyat Sabah, Datuk Redonah Bahanda, komponen Wanita GRS, Wanita Gagasan Rakyat, ahli NGO serta masyarakat setempat.

Lebih 500 orang menghadiri majlis rumah terbuka beliau.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular