HomeUtamaLebih 8,000 pelajar sudah menerima manfaat bantuan subsidi tiket penerbangan

Lebih 8,000 pelajar sudah menerima manfaat bantuan subsidi tiket penerbangan

Read Time:1 Minute, 31 Second

Membakut : Lebih 8,000 pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) Sabah di Semenanjung, Sarawak dan Labuan sudah menerima manfaat daripada pembayaran bantuan subsidi tiket penerbangan yang diumumkan Kerajaan Sabah sebelum ini.

Exco Pendidikan Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, bantuan subsidi sebanyak RM600 secara sekali bayar itu adalah bagi meringankan beban pelajar untuk pulang berhari raya sempena cuti Aidilfitri baru-baru ini.

“Setakat ini kira-kira 15,000 lagi permohonan sedang diproses melibatkan pelajar yang tidak mempunyai tajaan atau biasiswa dari Majlis Ugama Islam Sabah; Yayasan Sabah dan Biasiswa Kerajaan Negeri.

“Manakala lebih 8,000 pelajar yang menerima tajaan dari MUIS seramai 400 orang; Yayasan Sabah 2,000 orang dan Biasiswa Kerajaan Negeri seramai 6,000 pelajar sudah menerima manfaat bayaran terus ke akaun pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut di kediamannya di sini pagi tadi.

Arifin yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah berkata, bantuan subsidi yang turut dikenali sebagai ‘Graduan Rindu Sabah’ (GRS) itu akan diteruskan sehingga Disember tahun ini.

“Sebelum ini tempoh bagi subsidi itu adalah sehingga Oktober tahun ini namun kita panjangkan ke Disember bagi membolehkan anak-anak kita yang menyambut Krismas dapatr menggunakan bantuan itu untuk pulang ke Sabah.

“Jumlah pelajar untuk menyambut Krismas kita sedang kenal pasti, tapi semua akan layak termasuk Institut Pendidikan Guru (IPG).  Mereka kena memohon khususnya yang tidak menerima tajaan,” katanya.

Pada 25 Mac lalu, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan peruntukan sebanyak RM10 juta untuk bantuan subsidi tiket penerbangan kepada semua pelajar Sabah yang belajar di IPT awam dan swasta di Semenanjung, Sarawak dan Labuan.

Bantuan sekali bayar sebanyak RM600 seorang itu adalah dana daripada peruntukan khas Ketua Menteri.

“Bantuan khas ini boleh digunakan pada bila-bila masa untuk pulang ke Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular