Read Time:16 Second
LUMUT – Dua buah helikopter dipercayai milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bertembung di udara lalu terhempas, pagi tadi.
Difahamkan, insiden berkenaan membabitkan helikopter jenis AS550 Fennec dan AW139 bertembung ketika dalam latihan Lintas Hormat Sambutan HUT TLDM Ke-90.
Pihak media kini menantikan kenyataan rasmi daripada pihak berwajib mengenai insiden ini.
BERITA LANJUT MENYUSUL.