HomeUtamaDUN Sabah : Langkah lebih komprehensif, berkesan perlu diambil bagi basmi kemiskinan...

DUN Sabah : Langkah lebih komprehensif, berkesan perlu diambil bagi basmi kemiskinan di Sabah

Read Time:58 Second

Kota Kinabalu : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mahu Kerajaan Negeri mengambil langkah lebih komprehensif dan berkesan dalam usaha membasmi kemiskinan di Sabah.

Katanya, ia termasuklah menyediakan peluang pekerjaan kepada setiap isi rumah khususnya bagi mereka yang berada di kawasan luar bandar.

“Saya ingin mencadangkan agar penggunaan Bayaran Interim Tahunan yang kini berjumlah RM300 juta untuk membina infrastuktur dan menyediakan sumber daya yang diperlukan dalam menjalankan program 1 Komuniti 1 Produk (1K1P) yang mirip dengan model program FELDA.

“Adalah penting bagi Kerajaan negeri untuk melakukan kajian dan mengenal pasti industri yang berpotensi dapat dikembangkan berdasarkan permintaan pasaran, seterusnya dapat menawarkan peluang pekerjaan yang berkensan kepada isi rumah tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahas ucapan dasar Kerajaan Negeri di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini.

Salleh berkata, isu rumah e-Kasih yang berminat untuk terlibat dalam program ini boleh ditawarkan rumah secara percuma sebagai insentif.

“Dengan syarat mereka harus bersedia untuk ‘disekolahkan’ sebagai usahawan dalam bidang yang berkaitan di peringkat hiliran.

“Program pembangunan seperti yang dilaksanakan oleh FELDA sebelumnya telah terbukti berkesan dalam nencipta peluang pekerjaan dan memperkasa ekonomi isi rumah,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah kekal harmoni dengan keunikan kepelbagaian – Jeffrey

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular