HomeIsu tempatanTun Juhar hadir sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat 5 Divisyen

Tun Juhar hadir sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat 5 Divisyen

Read Time:43 Second

Kota Kinabalu:  Acara tembakan meriam buluh oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin menjadi gimik Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat 5 Divisyen Tahun 2024.

Turut mengiringi Tun Juhar,  Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya, Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dan Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Makhzan Mahyuddin.

Tembakan buluh tersebut serentak dengan tembakan meriam oleh Rejimen Ke-6 Artileri Diraja (6 RAD) di Kem Lok Kawi, di sini.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran isteri Tun Juhar, Toh Puan Norlidah Tan Sri RM Jasni dan isteri Hajiji, Datin Seri Juliah Salag.

Pada majlis itu, Tun Juhar dan Toh Puan Norlidah turut menyampaikan duit raya kepada anak tentera, sambil dihiburkan dengan persembahan Kumpulan N’Separang. 

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Panglima 5 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Pekerja pasang kabel besi di Sg Ulu Segama, dikhuatiri lemas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular