HomeUtamaDUN Sabah : 12 elemen penting diberi tumpuan tingkat potensi belia agar...

DUN Sabah : 12 elemen penting diberi tumpuan tingkat potensi belia agar lebih berinovasi

Read Time:55 Second

Kota Kinabalu : Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sabah memberi tumpuan kepada 12 elemen penting bagi meningkatkan lagi potensi belia di Sabah agar lebih berinovasi menerusi Dasar Belia Sabah (DBS).

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, antara elemen yang diberi tumpuan termasuklah Kepimpinan; Perpaduan; Pendidikan dan Keunggulan Personaliti.

“Selain itu, kementerian turut tumpuan kepada Integriti; Kesejahteraan Ekonomi; Kesukarelawanan; Kerohanian; Kemahiran dan Pembangunan Keusahawanan; Pengetahuan; Persekitaran; dan Keyakinan.

“Bagi mencapai setiap elemen ini, Kementerian saya telah menyediakan Pelan Strategik Pembangunan Belia Sabah bagi tempoh setiap lima tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada penggulungan KBS di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini semalam.

Katanya,  pelan strategik itu akan menjadi panduan kepada Kementerian untuk mencapai hala tuju pembangunan belia yang dirancang setiap tahun.

Dalam pada itu, Ellron berkata, Sabah mensasarkan sebanyak 40 pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak yang akan berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos ini dengan kedudukan lima negeri terbaik.

Katanya, Para SUKMA yang akan dilangsung pada 22 hingga 28 September 2024, pihaknya akan berusaha mengekalkan kejuaraan yang telah dicapai pada Para SUKMA 2022. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Pembinaan Empangan Kaiduan, Papar perlu dilaksana segera atasi masalah bekalan air...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya