HomeSukanPasukan futsal lelaki Sabah sasar juara pada Sukan MAKSAK 2024

Pasukan futsal lelaki Sabah sasar juara pada Sukan MAKSAK 2024

Read Time:1 Minute, 26 Second

Kota Kinabalu : Skuad futsal Sabah berharap dapat memintas kedudukan Selangor pada aksi futsal lelaki Sukan Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) 2024 yang berlangsung di Sport City Indahpura, Kulai, Johor, esok.

Pengurus Pasukan MAKSAK Sabah Asmey Ruddy berkata, pihaknya tetap yakin terhadap kemampuan para pemainnya bagi melakar kejutan dengan membawa pulang gelaran juara pada kejohanan kali ini.

Katanya, pasukannya juga lebih bersedia untuk membawa cabaran Sabah setelah hanya menduduki lapan terbaik pada Sukan MAKSAK tahun lalu.

“Sudah tentu misi kita pada kali ini ialah untuk menjadi juara. Tahun lalu pencapaian kita setakat lapan terbaik tetapi sebelum ini kita juga pernah menduduki tiga tempat terbaik.

“Cabaran getir kita ialah untuk menundukkan Selangor bagi merampas gelaran juara tetapi saya percaya semua pemain futsal MAKSAK Sabah sudah bersedia dari segi mental dan fizikal bagi mengharungi perlawanan nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyerahan bendera pasukan, di sini, malam tadi.

Penyerahan bendera pasukan sebagai simbolik sokongan daripada Kementerian Belia dan Sukan Sabah itu disempurnakan Setiausaha Tetapnya, Datuk Mansur Asun.

Asmey berkata, persediaan rapi, khususnya latihan untuk memantapkan permainan pasukan dibuat sejak sebulan lalu dengan bimbingan seramai enam jurulatih yang turut mengiringi pemain ke Johor.

Katanya, pertandingan yang diadakan setiap tahun itu disertai sebanyak 18 pasukan dari seluruh negara dengan setiap pasukan memiliki kelebihan masing-masing apabila bersaing untuk melakar kemenangan.

“Pasukan MAKSAK Sabah berada dalam Kumpulan B bersama Terengganu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Sarawak, jadi agak mencabar juga kedudukan kita, namun saya percaya pemain mampu memberikan saingan yang baik untuk melakar kemenangan,” katanya.

Seramai 18 anggota rombongan pasukan MAKSAK Sabah, masing-masing 12 pemain dan enam jurulatih dijadual berlepas ke Johor pada tengah hari ini, sebelum perlawanan yang dijadualkan bermula esok. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
SukanUtama

SSA peroleh kedudukan ke -11 kategori Production Divison, IPSC RMP 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya