HomeUtamaDUN Sabah : Kerajaan negeri puas hati dengan peranan ESSCOM sebagai peneraju...

DUN Sabah : Kerajaan negeri puas hati dengan peranan ESSCOM sebagai peneraju operasi pasukan keselamatan

Read Time:2 Minute, 54 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan negeri berpuas hati dengan peranan yang dimainkan oleh pihak Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) sebagai peneraju dan koordinator operasi pasukan keselamatan.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ESSCOM yang terdiri daripada elemen-elemen Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan  Maritim  Malaysia (APMM) telah berjaya mengekang pencerobohan anasir asing ke wilayah Sabah.

Katanya, agensi terlibat juga berjaya membantu mengangkat semula imej wilayah Sabah terutamanya di kawasan pantai Timur Sabah sebagai selamat dan sejahtera untuk dikunjungi oleh pelabur atau pelancong asing.

“Di samping itu, ESSCOM juga turut membantu jabatan/ agensi penguatkuasaan dan keselamatan seperti Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melalui pelbagai operasi bersepadu bagi membendung elemen jenayah rentas sempadan melibatkan penyeludupan kontraban, barang kawalan, bersubsidi dan tanpa cukai serta kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).

“Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri akan terus komited dalam untuk membasmi isu PATI di negeri ini dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak bagi memastikan semua tangkapan yang dibuat akan diusir pulang ke negara asal masing-masing.

“Kerajaan Negeri melalui kerjasama PDRM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah mempunyai perancangan untuk menambah Pos Kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) yang baharu di negeri Sabah bagi memperketatkan lagi kawalan sempadan daripada dimasuki PATI ke negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pengulungan Jabatan Ketua Menteri (JKM) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Hajiji berkata, Kerajaan akan membina sebanyak empat buah pos kawalan PGA tahun ini iaitu di Pos Poigon, Kalabakan, Pos Manalunan, Sandakan, Pos Kuala Maruap, Lahad Datu dan Pos Gabungan Sungai Haji Kuning Sebatik, Tawau.

Manakala katanya, enam buah pos kawalan PGA dalam perancangan dan masih menunggu kelulusan peruntukan adalah Pos Sungai Limau Sebatik, Tawau, Pos Bukit Keramat Sebatik, Tawau, Pos Long Pasia, Sipitang, Pos Alutok, Tenom, Pos Pensiangan, Nabawan dan Pos Pulau Bankawan, Kudat.

“Kerajaan melalui JIMNegeri   Sabah   juga   giat   mengadakan   operasi   dalam menangkap dan seterusnya mengusir pulang PATI ke negara asal. Berdasarkan statistik tangkapan dan pengusiran PATI oleh JIM Negeri Sabah, pada tahun 2024 (setakat 15 April 2024) seramai 2,603 orang PATI telah dihantar pulang ke negara asal.

“Manakala, pada tahun 2023 pengusiran PATI adalah seramai 8,678 orang dan pada tahun 2022 seramai 5,943 orang,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji berkata,di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12), Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah meluluskan permohonan membiayai pembinaan aset-aset strategik yang baharu di ESS Zone.

Katanya, antaranya pembinaan Kompleks Perumahan dan Bangunan Pentadbiran Batalion ke 20 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Beluran; Pembinaan Pangkalan Bot Ronda Batalion 15 PGA di Sungai Seguntur, Sandakan dan Pembangunan Projek Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) di Malawali, Kudat dan Sandakan di bawah APMM.

“Selain itu, turut dikemukakan perolehan aset strategik berasaskan teknologi terkini dengan menggunakan unmanned aerial vehicle (UAV) di kawasan laut terbuka dan dron di lokasi yang spesifik bagi pemantauan dan pengesanan keselamatan yang berkesan di ESS Zone di bawah Rolling Plan 5 RMK-12 Tahun 2025.

“Di samping itu, bagi menjamin keselamatan dan mengukuhkan keyakinan pengunjung pusat-pusat pelancongan dan peranginan di ESS Zone, ESSCOM telah mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk memperkenalkan sistem aplikasi telefon pintar, Friends of Sabah, yang sedang dibangunkan oleh syarikat tempatan tanpa melibatkan implikasi kewangan kepada kerajaan serta aplikasi ini boleh digunakan oleh pelancong warga asing dan tempatan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Klinik Mesra Remaja beri penekanan kesejahteraan remaja secara menyeluruh

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya