HomeUtamaDUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

Read Time:1 Minute, 18 Second

Kota Kinabalu : Bank Pembangunan Sabah (SDB) secara agresif sedang dalam usaha menstruktur dan memulihkan hutang-hutang lapuknya.

Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pengambilalihan Sabah International Petroleum Sdn Bhd (SIP) oleh SMJ Energy Sdn Bhd (SMJE) antara lainnya, telah membantu mengurangkan beban hutang lapuk SDB  selain  menyuntik modal pusingan kepada bank berkenaan.

Katanya, sebelum pengambilalihan ini, SIP telah menceburi beberapa perniagaan yang mengalami kerugian dalam bidang Minyak dan Gas serta mempunyai pinjaman yang sangat tinggi.

Tambahnya, ia termasuklah menanggung kadar faedah yang tinggi seterusnya menjejaskan keuntungan dan kemampanan kewangan.

“Sehubungan itu, terbitan Sukuk RM900 juta untuk tujuan memperolehi SIP merupakan Pemerolehan Nilai Akretif memandangkan keupayaan penjanaan dividen yang besar daripada pemegangan saham 10 peratus SIP dalam LNG9 Sdn. Bhd.

@sabahmediaofficial

SDB Berusaha Struktur, Pulihkan hutang-hutang Lapuk – MASIDI

♬ original sound – sabahmediaofficial – sabahmediaofficial

“SMJE juga bertindak menyusun semula SIP dengan memberi tumpuan kepada perniagaan yang lebih menguntungkan selain pembiayaan semula pinjaman SIP yang membolehkan SMJE menggunakan kadar faedah yang jauh  lebih rendah daripada pasaran modal untuk membayar hutang SIP, yang mempunyai kadar faedah yang sangat tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan Kementerian Kewangan  pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Masidi berkata, sejak SMJE mengambil alih SIP pada Okt 2023, SIP mampu mengisytiharkan dividen kepada SMJE yang membolehkan SMJE mencapai keuntungan yang disasarkan.

Katanya, selain itu, SMJE juga memperolehi hasil daripada urusniaga lain yang telah memberi pulangan keuntungan selepas cukai sebanyak RM217 juta yang membolehkannya memberi pulangan dividen kepada Kerajaan Negeri sebanyak RM50juta pada tahun lalu. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Pembinaan Empangan Kaiduan, Papar perlu dilaksana segera atasi masalah bekalan air...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya