HomeUtamaDUN Sabah : Kerajaan negeri tidak pinggir wakil rakyat pembangkang, tetap beri...

DUN Sabah : Kerajaan negeri tidak pinggir wakil rakyat pembangkang, tetap beri peruntukan

Read Time:1 Minute, 25 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan Sabah sentiasa bersikap terbuka selain tidak meminggirkan wakil rakyat pembangkang khususnya dalam soal pengagihan peruntukan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakili mereka.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, wakil rakyat pembangkang boleh memohon terus jika ada keperluan khususnya melibatkan pembangunan di kawasan yang diwakili.

Katanya, peruntukan untuk kepentingan rakyat di kawasan mereka tetap disalurkan melalui Pejabat Daerah.

“Sebenarnya kerajaan tidak meminggirkan kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang diwakili pembangkang, kita tetap memberi peruntukan untuk kepentingan rakyat dan salurkan kepada pejabat daerah utk dilaksanakan.

@sabahmediaofficial

Kerajaan Negeri Tidak Pinggir Wakil Rakyat Pembangkang – Hajiji Noor

♬ original sound – sabahmediaofficial – sabahmediaofficial

“Bagaimanapun, jika ada keperluan yang mungkin wakil rakyat pembangkang ingin memohon kepada kerajaan, kita tiada masalah untuk menerima dan mempertimbangkan.

“Apa yang penting adalah ianya untuk kepentingan rakyat. Jadi saya minta jika ada keperluan wakil rakyat pembangkang boleh memohon secara terus kepada saya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan berkaitan peruntukan kepada ADUN dan kawasan pembangkang yang dibangkitkan Datuk Darell Leiking (WARISAN – Moyog) pada Persidangan DUN Sabah, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, kebenaran untuk wakil rakyat pembangkang menghadiri mesyuarat jawatankuasa pembangunan daerah akan diperhalusi sama ada wujud keperluan untuk melaksanakannya.

Sementara itu, menjawab satu lagi soalan tambahan daripada Datuk Mohd Shafie Apdal (WARISAN – Senallang) mengenai langkah untuk memudahkan penyaluran peruntukan di kawasan pembangkang, Hajiji berkata beliau akan meminta Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) supaya setiap peruntukan yang disalurkan kerajaan dimaklumkan kepada wakil rakyat.

“Kita minta SKN untuk memberi makluman kepada semua Pegawai Daerah supaya setiap peruntukan yang disalurkan sama ada oleh kerajaan persekutuan atau negeri mesti dimaklumkan kepada wakil rakyat sama ada pembangkang atau wakil rakyat kerajaan. Saya harap ini dapat diambil tindakan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Klinik Mesra Remaja beri penekanan kesejahteraan remaja secara menyeluruh

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya