HomeUtamaMalaysia: Rakyat Derita Kesihatan Mental  

Malaysia: Rakyat Derita Kesihatan Mental  

Read Time:7 Minute, 48 Second

Oleh Wan Azrain Adnan

1.        Pada September 2023, ketika membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) di Dewan Rakyat, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan penubuhan Institut Kesihatan Mental. Ini bertujuan untuk menjamin usaha bersepadu di antara kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan masyarakat sivil dalam menangani isu kesihatan mental di Malaysia.

2.        Penubuhan Institut Kesihatan Mental berkenaan adalah bertetapan memandangkan isu kesihatan mental di Malaysia yang semakin membimbangkan. Ianya di jangka dapat memperkukuhkan agenda kesihatan mental negara, seiring dengan Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan/ National Centre of Excellence for Mental Health (NCEMH) yang di tubuhkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada Oktober 2022.

3.        Untuk sekian lama, isu kesihatan mental ini menunjukkan trend peningkatan dan sudah mencapai tahap yang sangat serius. Malah, pada tahun 2018, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia di laporkan berkata bahawa kajian Kerajaan Malaysia mendapati penyakit mental bakal menjadi masalah kesihatan kedua utama selepas penyakit jantung menjelang tahun 2020. Adakah terjadi?

4.        Tambahan lagi, kes bunuh diri di Malaysia, yang berkait-rapat dengan kesihatan mental, turut menunjukkan peningkatan yang ketara: 1,142 kes (2021), 631 kes (2020), 609 kes (2019). Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), negara merekodkan purata 2 kes bunuh diri setiap hari, dari tahun 2019 sehingga Mei 2021.

5.        Secara am-nya, isu kesihatan mental melibatkan semua lapisan masyarakat yang berpunca dari pelbagai faktor. Ini termasuklah: masalah kewangan, masalah keluarga, masalah pekerjaan, buli, penggunaan media sosial yang tidak terkawal, tekanan pembelajaran dan penyalahgunaan substans.

6.        Lebih membimbangkan, isu kesihatan mental turut melibatkan rakyat Malaysia yang muda usia. Pada Mac 2023, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia di laporkan berkata bahawa kajian yang di laksanakan oleh Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu/ United Nations Children’s Fund (UNICEF) mendapati ramai kanak-kanak dan remaja bergelut dengan kesihatan mental:

  • 12.3% menghadapi masalah kesihatan mental seperti kemurungan dan kebimbangan
  • 13.4% cenderung mencedera dan membunuh diri

7.        Kajian tersebut, yang di laksanakan oleh UNICEF bersama Kementerian Kesihatan Malaysia, merangkumi sejumlah 1,578 kanak-kanak dan remaja berusia di antara 10 hingga 17 tahun, yang mendiami 37 kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kuala Lumpur dan Selangor.

8.        Malah menurut Dr Norhayati Mohd Noor, iaitu seorang pakar kaunseling, sejak mengendalikan kaunseling keluarga dan program psiko-pendidikan keluarga selama hampir 15 tahun, setiap bulan beliau menerima sekurang-kurangnya 3 kes berkaitan tekanan mental kanak-kanak dari kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar Lembah Klang. Antara punca yang di kenal-pasti adalah: masalah kewangan keluarga yang menimbulkan perasaan tidak gembira dan rendah diri, ruang kediaman yang sempit, gangguan bunyi kerana struktur dinding kediaman yang tidak kalis bunyi.

9.        Fakta menarik: Program Perumahan Rakyat (PPR) merupakan satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah (B40). Pembinaan kediaman PPR menggunakan spesifikasi perancangan dan rekabentuk perumahan kos rendah yang di tetapkan oleh Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS3:2005).

10.      Di samping itu, Tinjauan Kesihatan & Morbiditi Kebangsaan/ National Health & Morbidity Survey (NHMS) 2022 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, juga menunjukkan trend peningkatan isu kesihatan mental di kalangan remaja negara, termasuklah berkaitan bunuh diri.

11.      Manakala, Tinjauan Kesihatan & Morbiditi Kebangsaan/ National Health & Morbidity Survey (NHMS) 2015 pula mendapati Sabah merekodkan isu kesihatan mental tertinggi (42.9%), jauh lebih tinggi berbanding dengan peratusan negara (29.2%). 

12.      Tambahan lagi, pada Oktober 2022, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) di laporkan berkata bahawa Sabah merupakan antara negeri yang merekodkan insiden kemurungan tertinggi di Malaysia. Ini berdasarkan hasil saringan kesihatan mental terhadap lebih 40,000 individu di Sabah, di mana masalah yang di temui termasuklah: tekanan, keresahan dan kemurungan.

13.      Maka, mengambil kira data and trend sediada, agenda Pengukuhan Kesihatan Minda dan Ketahanan Rakyat merupakan salah satu perkara penting yang di kenal-pasti oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), di bawah Dasar Keselamatan Negara 2021 – 2025.

14.      Sekiranya isu kesihatan mental rakyat tidak di tangani secara efektif dan menyeluruh, ianya sudah pasti boleh menjejaskan pembangunan sosio-ekonomi negara dan ketenteraman awam. Pada masa yang sama, ianya boleh menyebabkan kerugian yang besar kepada negara.

15.      Pada awal tahun 2020, pengasas Relate Mental Health Malaysia, iaitu sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO), telah menerbitkan satu laporan berkaitan kesihatan mental pekerja di Malaysia bertajuk ‘Workplace Mental Health – The Business Costs’. Menurut laporan berkenaan, isu kesihatan mental di kalangan pekerja di Malaysia di anggar melibatkan kos RM 14.41 billion kepada majikan, terutamanya melibatkan kehilangan produktiviti pekerja. Ini merangkumi 3 aspek:

  • RM 3.28 billion: tidak hadir/ absenteeism
  • RM 9.84 billion: bekerja walaupun ada masalah kesihatan mental/ presenteeism (working while unwell)
  • RM 1.34 billion: penggantian pekerja kerana masalah kesihatan mental/ staff turnover attributable to mental issues

16.      Ketika ini, ramai rakyat bergelut dengan cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat. Manakala, pendapatan pula tidak meningkat seiring dengan peningkatan kos sara hidup. Ini meletakkan ramai rakyat di seluruh negara di dalam penjara kemiskinan. 

17.      Menurut Laporan Statistik Upah Pekerja (Sektor Formal) bagi Suku Ketiga 2023 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), sejumlah 34.6% (2.31 juta orang) pekerja sektor formal memperolehi upah di bawah RM 2,000 sebulan.

Paras Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) negara iaitu RM 2,589 sebulan.

18.      Berdepan dengan bebanan kehidupan sebegini, ianya sudah pasti akan menyebabkan ramai rakyat mengalami masalah kesihatan mental, samada sedar ataupun tidak. Jika tidak di rawat awal, masalah kesihatan mental ini boleh menyebabkan seseorang turut menghidapi lain-lain penyakit yang melemahkan kesihatan fizikal.

Lebih malang, ianya boleh mendorong seseorang untuk melakukan kecederaan fizikal kepada diri sendiri, ahli keluarga dan orang sekeliling.        

19.      Masalah kesihatan mental ibu-bapa juga boleh ‘berjangkit’ dan menjejaskan kesihatan mental anak-anak, yang akan mewujudkan satu kitaran kejam/ vicious cycle yang berpanjangan. Situasi ini menjadi lebih buruk apabila anak-anak tidak mendapat perhatian, sokongan dan panduan yang sewajarnya daripada ibu-bapa yang sibuk bekerja sepanjang masa. Ini pula boleh mendorong anak-anak terjebak dengan aktiviti tidak sihat dan jenayah seperti buli dan penyalahgunaan substans, akibat pengaruh rakan sebaya dan media sosial.

20.      Akhirnya, anak-anak berkenaan akan tercicir di dalam pembelajaran, dan tidak berjaya memiliki pendidikan dan kemahiran untuk mendapat pekerjaan yang memberikan pendapatan yang mencukupi. Maka, anak-anak berkenaan akan terperangkap di dalam vicious cycle kemiskinan dan masalah kesihatan mental.     

21.      Justeru itu, isu kesihatan mental ini tidak mudah untuk di tangani hanya dengan rawatan kesihatan. Ianya mesti di tangani secara menyeluruh, melalui pendekatan merawat punca dan simpton penyakit/ treat the cause and symptom of the illness.

22.      Sebagai contoh. Berdasarkan laporan UNICEF yang mendapati ramai kanak-kanak dan remaja di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang mengalami masalah kesihatan mental, Kerajaan Malaysia wajar meneliti usaha untuk membina kediaman yang lebih luas dan selesa, menyediakan kemudahan riadah yang sesuai serta mengadakan aktiviti kemasyarakatan di kawasan PPR. 

23.      Oleh yang demikian, dana yang besar di perlukan untuk merealisasikan agenda Pengukuhan Kesihatan Minda dan Ketahanan Rakyat, seperti yang di gariskan di bawah Dasar Keselamatan Negara 2021 – 2025. Kerajaan Malaysia wajar menyalurkan lebih banyak peruntukkan dana ke arah membina kesejahteraan mental rakyat.

24.      Di samping dana untuk melaksanakan inisiatif pencegahan dan rawatan, serta membina kemudahan fasiliti rawatan, dana juga di perlukan untuk melahirkan lebih ramai pakar untuk merawat masalah kesihatan mental di Malaysia.

25.      Pada Jun 2020, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia di laporkan berkata bahawa negara tidak mempunyai bilangan pegawai psikologi kaunseling yang mencukupi, di mana hanya terdapat 148 orang pegawai yang berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Menurut beliau, jumlah tersebut bersamaan dengan nisbah 1:52,000 (iaitu 1 kaunselor kepada 52,000 rakyat), jauh tersasar daripada nisbah normal 1:500.

26.      Tambahan lagi, isu kekurangan pakar di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjadi lebih meruncing memandangkan cabaran di sektor swasta. Menurut Presiden Malaysian Mental Health Association, hospital swasta keberatan untuk menyediakan perkhidmatan rawatan kesihatan mental pesakit/ mental health inpatient services. Ketika ini, hanya terdapat dua hospital swasta yang memiliki fasiliti rawatan psikiatrik/ inpatient psychiatric facilities di seluruh negara. Ini berpunca dari kekangan kewangan di sektor swasta, di mana perlindungan insuran yang amat terhad untuk perkhidmatan kesihatan mental.

27.      Sebagaimana yang di laporkan, isu kesihatan mental pekerja menyebabkan ‘kerugian’ berbillion-billion ringgit kepada negara. Maka, untuk mengurangkan ‘kerugian’ besar tersebut, Kerajaan Malaysia mestilah bersedia untuk membelanjakan jumlah yang besar juga agar agenda Pengukuhan Kesihatan Minda dan Ketahanan Rakyat tercapai.

28.      Sebagai contoh. Demi kesejahteraan rakyat, apa salahnya berbelanja RM 1 billion untuk mengelakkan kerugian RM 14 billion. Logik dan masuk akal.

RELATED ARTICLES
Utama

Pelajar diminta kemaskini maklumat, lokasi kepada kedutaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya