HomeIsu tempatanLapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

Read Time:1 Minute, 16 Second

Putatan:   Seramai lapan finalis berentap dalam Kategori Remaja Majlis Tilawah Al-Quran (MTHQN)  Peringkat Negeri Sabah 1445H/2024, yang membuka tirai bermula hari ini.

Majlis yang diadakan di Dewan Sri Putatan itu adalah melibatkan kategori yang kali pertama diperkenalkan iaitu kategori remaja yang dimulakan oleh qari dari Sekolah Menengah Agama Kota Kinabalu (SMAKK), Syafiqur Rahman Adha Amiruddin. 

Selain itu, empat peserta qari lagi ialah Ahmad Naufal Nahar (SMAKK), wakil Sekolah Toh Puan Hajah Rahmah (TPHR) Mohammad Hakeem Mohammad Hafeez dan Muhammad Arif Jamil serta peserta tunggal dari Darul Yatama, Hafizuddin Al Hilmi Amiruddin.

Bagi kategori qariah pula, tiga peserta bersaing iaitu wakil TPHR, Balqis Nur Danisha Bahri, pelajar SMAKK Rohaemi Mohd Yunus dan murid Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Beaufort, Nur Far’ain Ayani Muksin.

Turut hadir, Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Malai Ali Malai Ahmad dan Pegawai Daerah Putatan, Masawi Mohd Salleh tersebut turut diserikan dengan persembahan Qasidah Ar Raudhah Papar.

Para peserta dinilai oleh lapan jemaah hakim iaitu Nur Faten Izzati Rablin dan Imam Mohd Ayub Maidi bagi aspek tarannum serta tajwid oleh Mohd Hailmi Misbah dan Rahim Yahya Abdul Rahman. 

Sementara itu, bagi penilaian fasahah diamanahkan kepada Abdul Khalil Hassan dan Mohd Fikri Putung manakala Mohd Nazri Apin dan Mazhair Shahroz Muhasip bagi aspek suara.

Para pemenang akan diumumkan pada Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah (MTHQN) Peringkat Negeri Sabah 1445H/2024, Jumaat ini.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Laluan masuk jejantas Skybridge ke Centre Point dibuka kepada awam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya