HomeUtamaJuliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

Read Time:46 Second

TUARAN: Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag menyantuni anak-anak istimewa sempena Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Tuaran di Kampung Batangan pada Rabu.

Beliau yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat (MUTIARA) Gabungan Rakyat Sabah (GRS) diiringi oleh Isteri Timbalan Ketua Menteri/Menteri Kerja Raya Negeri, Datin Dg Siti Noor Hayyat Ag Mohd.Saufi, isteri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, DatinLenny Natasha Tan Sri Musa dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Tadbir MUTIARA-GRS.

Selain menyantuni para pelatih PPDK Tuaran dan ibu-bapa mereka, Juliah yang juga penaung pertubuhan itu turut menyampaikan “Duit Raya” kepada para pelatih.

Antara pengisian Majlis Rumah Terbuka Hari Raya itu ialah persembahan daripada pelatih PPDK, persambaham ibu bapa dan cabutan tiket bertuah.

PPDK Tuaran yang ditubuhkan pada tahun 2010, kini mempunyai seramai 85 pelatih orang kurang upaya (OKU) berumur di antara dua tahun hingga 40 tahun dari sekitar kawasan Tuaran.

RELATED ARTICLES
Utama

PM Mahu Integriti Penjawat Awam Setimpal Dengan Pengiktirafan Diberi Kerajaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya