HomeUtamaKerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor yakin kerjasama strategik antara Sabah Ports Sdn Bhd (SPSB) dan DP World (DPW), pengendali terminal pelabuhan global akan menjadi anugerah kepada aspirasi Sabah untuk mempromosikan Sapangar Bay Container Port (SBCP) sebagai hab transhipment utama di rantau ini.

“Dalam jangka panjang visinya adalah untuk menambah baik ketersambungan darat dan pesisir laut di seluruh negeri dengan itu mengurangkan kos dan masa transit selain menambah baik standard prestasi merentas keseluruhan rantaian bekalan negeri.

“Saya gembira DP World telah memilih Sabah untuk mengembangkan perniagaannya dan saya menjemput DP World untuk melihat kawasan ekonomi berpotensi lain di Sabah,” kata Hajiji semasa pertemuannya dengan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan DPW yang berpangkalan di Dubai, Sultan Ahmed Sulayem di luar persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini.

Sementara itu, Sultan Ahmed berkata DP World telah berunding untuk menjalin kerjasama perniagaan dengan SPSB.

Sultan Ahmed yang berada di kedudukan ke-11 pemimpin perniagaan Arab paling berkuasa pada 2023 memuji Hajiji kerana mengambil projek itu untuk meningkatkan hasil ekonomi Sabah.

“Sabah adalah sebuah negeri yang indah dan terletak secara strategik untuk menjadi hab logistik di rantau ini,” katanya sambil menambah DP World memilih Sabah kerana kestabilannya, yang kondusif untuk pelaburan.

Selain Sultan Ahmed akan melakukan yang terbaik untuk menggunakan sambungan Fortune 500 beliau untuk membawa perniagaan ke Sabah.

SPSB, anak syarikat milik penuh Suria Capital Holdings Berhad yang mana Kerajaan Negeri merupakan pemegang saham majoriti, mengendalikan lapan terminal — SBCP, Terminal Minyak Teluk Sapangar, Pelabuhan Kota Kinabalu, Pelabuhan Kudat, Pelabuhan Sandakan, Pelabuhan Tawau, Pelabuhan Lahad Datu dan Pelabuhan Kunak.

Kerajaan Negeri telah memberi kelulusan kerjasama dengan DPW untuk operasi dan pengurusan SBCP pada 4 Jan 2023.

DP World mempunyai rangkaian lebih daripada 60 pelabuhan dan terminal dengan kapasiti untuk mengendalikan lebih 90 juta Twenty Foot Equivalent Units (TEUs) setahun dan di seluruh dunia.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular