HomeIsu tempatanLebih 21,000 anak pokok ditanam sempena Sambutan Hari Bumi Sedunia di Tuaran

Lebih 21,000 anak pokok ditanam sempena Sambutan Hari Bumi Sedunia di Tuaran

Read Time:2 Minute, 2 Second

Tuaran: Lebih 21,000 anak pokok berjaya di seluruh daerah di sini sempena sambutan Hari Bumi Sedunia anjuran Pusat Khidmat Rakyat Tuaran di sini semalam.

Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, pokok-pokok itu ditanam secara serentak melalui penyertaan lebih 22,000 murid dan pelajar di enam zon meliputi sekolah-sekolah yang terdapat di Zon Nabalu, Kiulu, Tenghilan, Tamparuli, Sulaman, dan Zon Mengkabong termasuk penuntut di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kent.

“Pada asalnya, lebih 25,000 ribu anak pokok telah disasarkan untuk ditanam.

“Namun, akibat cuaca kemarau yang panjang pada tahun ini, lebih 4,349 anak pokok yang disediakan sejak tahun lepas telah layu dan mati,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Hari Bumi Sedunia Peringkat Daerah Tuaran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tamparuli, di sini semalam.

Untuk rekod, program tersebut dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah  (PPD) Tuaran dengan sokongan padu daripada Jabatan Alam Sekitar; Jabatan Hutan, Jabatan Pertanian; Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS); Taman-Taman Sabah; Jabatan Parit dan Saliran; Jabatan Tanah dan Ukur; dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Madius berkata, sambutan itu sepatutnya dijadualkan pada tarikh sebenar Hari Bumi Sedunia iaitu 22 April 2024, tetapi terpaksa ditunda bagi memberi laluan kepada sesi Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang masih berlangsung pada ketika itu.

Mengulas mengenai tujuan penanaman berkenaan, katanya ia sebagai kesedaran untuk memelihara alam sekitar dan bagi mencegah hakisan dan tanah runtuh di kawasan yang berisiko tinggi terutama sekali di tebing-tebing sungai.

“Dalam masa dua dekad ini, kita telah menyaksikan dan melihat sendiri peningkatan mangsa-mangsa banjir, kemarau selain pelbagai masalah alam sekitar akibat aktiviti pembangunan dan perindustrian.

“Kesedaran ini telah saya ilhamkan sendiri setelah dipilih semula sebagai Ahli Parlimen Tuaran dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 dalam usaha menangani masalah ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berterima kasih kepada Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang  menyumbang dana di bawah inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka iaitu masing-masing sebanyak RM130,000 dan RM10,000.

“Sumbangan ini bertujuan untuk membiayai pembelian bibit anak-anak pokok yang telah disediakan oleh orang-orang kampung untuk tujuan penanaman pada hari ini,” katanya.

Hadir sama, Timbalan Pengarah (Sektor Pembangunan Murid) Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Muddin Beting, Pengetua SMK Tamparuli, Dr. Justin Rompod, Pengurus Besar Perkhimatan Korporat SESB, Khadijah Sutrisnoh, Wakil Pegawai Daerah Tuaran,  Sazrina Norsinin, ketua-ketua jabatan kerajaan, pemimpin-pemimpin setempat, guru-guru dan para pelajar. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Laluan masuk jejantas Skybridge ke Centre Point dibuka kepada awam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya