HomeSukanKejohanan Piala SMJ uji kekuatan Sabah FC

Kejohanan Piala SMJ uji kekuatan Sabah FC

Read Time:2 Minute, 0 Second

Kota Kinabalu: Hougang United FC dari Singapura mengesahkan diri untuk menyertai kejohanan empat penjuru Piala Sabah Maju Jaya (SMJ Cup) 2024 yang bermula Isnin ini sehingga 5 Mei bertempat di Stadium Likas, di sini.

Pengarah Sabah FC, Mohd Joh Wid berkata, hadiah keseluruhan berjumlah RM33,000  menanti pemenang yang membabitkan pasukan Liga Super musim ini termasuk KL City FC, Kuching City FC serta Sabah FC.

Katanya, kejohanan empat penjuru edisi kedua ini menawarkan hadiah berupa piala dan wang tunai RM15,000 untuk juara, wang tunai RM10,000 untuk naib juara, ketiga akan menerima RM5,000 manakala keempat RM3,000.

“Kejohanan ini bakal menguji kekuatan serta strategi pasukan masing-masing sebelum menghadapi saingan Liga Malaysia 2024/2025 yang akan bermula pada 10 Mei depan.

“Sedafiat Sdn.Bhd dan Anika Desiran Sdn.Bhd merupakan penaja kejohanan empat penjuru Piala SMJ tahun ini,” katanya dalam kenyataan media di sini semalam.

Mohd Joh berkata, sudah tentu kejohanan ini merupakan ruang terbaik untuk semua pasukan bagi menguji keserasian dan kecergasan pemain sebelum  menghadapi persaingan sebenar nanti.

“Penyertaan pasukan luar negara juga dilihat boleh menguji pasukan Sabah FC selepas mereka bersama-sama terlibat dalam kejohanan AFC tahun lalu,” katanya.

Menurutnya, Sabah FC perlu memanfaat peluang keemasan beraksi di gelanggang sendiri dalam kejohanan ini sekali gus di lihat dapat menarik perhatian para peminat dan penyokong menyaksikan Piala SMJ 2024 ini.

“Tiket perlawanan mula dijual bermula 26 April jumaat ini dan orang ramai boleh mendapatkan tiket secara dalam talian di laman www.tickethotline.com.my.

“Harga tiket berbumbung adalah RM15 bagi dewasa manakala RM10 kanak-kanak 12 tahun ke bawah. Bagi tiket tidak berbumbung adalah RM10 dewasa dan RM5 kanak-kanak 12 tahun ke bawah,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan beliau berkata, perlawanan pertama akan bermula 29 April pertemuan di antara KL City FC menentang Kuching City FC dijadualkan jam 4 petang manakala Sabah FC menentang Hougang United FC pada 8 malam.

“Sementara itu pada 1 Mei (Rabu) pertemuan antara Kuching City FC menentang Hougang United FC dijadualkan pada 4 petang manakala Sabah FC menentang KL City FC 8 malam dan disusuli perlawanan di antara Hougang United FC menentang KL City FC 4 petang dan Sabah FC menentang Kuching City FC 8 malam pada 3 Mei depan.

“Penentuan tempat ketiga dan keempat ditentukan pada 5 Mei jam 4 petang manakala perlawanan akhir dijadualkan pada 8 malam, kesemua perlawanan ini diadakan di Stadium Likas, Kota Kinabalu,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
SukanUtama

SSA peroleh kedudukan ke -11 kategori Production Divison, IPSC RMP 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya