HomeUtamaTindakan tegas individu, syarikat gagal selesaikan tunggakan bayar cukai, kompaun - DBKK

Tindakan tegas individu, syarikat gagal selesaikan tunggakan bayar cukai, kompaun – DBKK

Read Time:50 Second

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menggesa kepada orang ramai untuk menjalankan tanggungjawab mereka dan menyelesaikan sebarang tunggakan bayaran dalam kadar segera, ini termasuklah bayaran bagi cukai kadaran atau kompaun.

Justeru, usaha bagi mengenal pasti individu dan syarikat yang masih mempunyai tunggakan cukai dan kompaun akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, pihak DBKK tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas individu dan syarikat yang ingkar atau gagal untuk menjelaskan tunggakan bayaran mereka.

“Melihat kepada sikap sambil lewa segelintir masyarakat yang masih belum menjelaskan tunggakan bayaran walaupun dengan pelaksanaan kempen-kempen pengampunan yang lalu, amalan pengurangan atau diskaun tidak akan diberikan lagi oleh DBKK,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang awam sekali lagi untuk menyelesaikan tunggakan bayaran cukai atau kompaun mereka dalam masa terdekat ini selain mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

“Semakan tunggakan dan pembayaran boleh dilakukan menerusi pautan eservices.dbkk.sabah.gov.my/,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan negeri hargai peranan media di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya