HomeUtamaTindakan tegas jika tidak senonoh ketika sambutan Kaamatan

Tindakan tegas jika tidak senonoh ketika sambutan Kaamatan

Read Time:1 Minute, 48 Second

Kota Kinabalu : Pendekatan lebih tegas akan diambil bagi memastikan sambutan Pesta Kaamatan peringkat negeri Sabah yang akan berlangsung pada tahun ini berjalan lancar tanpa ada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, aktiviti tarian yang tidak sepatutnya yang berlarutan tanpa henti dilihat mencemarkan imej sambutan khususnya kepada pelancong luar.

“Kita ingin mengelak masalah-masalah yang mungkin berlaku pada masa lampau, seperti tarian-tarian yang tidak sepatutnya dan aktiviti yang sampai pagi. Kita tidak mahu ini berlaku kerana ini mencemarkan imej kita dalam Kaamatan.

“Sebab itu, kita telah memberi peraturan-peraturan, termasuk peraturan adat apa yang boleh dan tidak boleh, pantang-larang dan akibat kejadian pada masa lampau, kita telah memastikan ini tidak diulangi.

“Sebenarnya kita mahu semua orang, di kampung-kampung pu ada peringatan ataupun peraturan-peraturan ini dipaparkan di depan dewan atau balai raya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Pesta Kaamatan 2024 di pejabatnya di sini hari ini.

Jeffrey yang juga Timbalan Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA) berkata, pihaknya berharap agar semua rakyat dapat bersama-sama meraikan Kaamatan dengan penuh tanggungjawab dan berdisiplin.

“Ini termasuklah meraikan dengan mesr dan penuh kesopanan. Jangan ada yang melangkaui batas sehingga ada yang ‘berampaian’ mabuk disana sini selain memandu sehingga ada yang kemalangan

“Ini kita tidak mahu, jadi janganlah sampai begitu,” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai hukuman bagi mereka yang melanggar peraturan, Jeffrey berkata, individu berkenaan akan dikenalan ‘sogit’ atau dibawa ke Mahkamah Anak Negeri (MAN) namun ianya terpulang kepada Ketua Daerah atau Ketua Anak Negeri.

Terdahulu, Jeffrey berkata, pelancaran Sambutan Perayaan Pesta Kaamatan peringkat negeri Sabah akan dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di daerah Ranau pada 1 Mei ini.

Katanya, pelbagai aktiviti dan program akan diadakan antaranya Sukan Rakyat; Gala Night Unduk Ngadau; Sugandoi dan pelbagai aktiviti lain.

“Saya berharap agar sambutan ini akan berjalan lancar serta mendapat sokongan daripada segenap lapisan masyarakat di Sabah tanpa mengira bangsa dan agama.

“Selain itu, kita juga berharap agar pelaksanaan sambutan di peringkat daerah berjalan dengan baik. Semoga dengan sambutan ini dapat mengeratkan lagi perpaduan dalam kalangan rakyat perlbagai kaum di seluruh Malaysia, khasnya negeri Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

15 kes kecurian elektrik, SESB kerugian lebih RM3 juta

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular