HomeIsu tempatanEmpat peserta wakili SSA ke kejohanan menembak terbuka IPSC

Empat peserta wakili SSA ke kejohanan menembak terbuka IPSC

Read Time:28 Second

Kota Kinabalu : Persatuan Menembak Negeri Sabah (SSA) menghantar empat wakil bagi menyertai Kejohanan Menembak Terbuka Konfederasi Latihan Menembak Antarabangsa (IPSC) Piala Ketua Polis Negara.

Kejohanan anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun ini akan berlangsung selama lima hari bermula 1 Mei ini bertempat di Lapang Sasar Kelab Menembak Shapadu, Presint 20, Putrajaya.

Pasukan SSA diwakili Jeson Yong, Carlson Cassey Alipin, Isagani Campo Jr, dan Vincent Yong Tet Eam.

Majlis penyerahan bendera persatuan telah disempurnakan Presiden SSA, Tan Sri (Dr) Goh Tian Chuan di pejabatnya di Luyang di sini hari ini. – SABAH MEDIA / FOTO MAHA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Yayasan Qhazanah Sabah ceriakan pesakit Hospital Sipitang menerusi sumbangan krismas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular