HomeUtamaTiga rumah musnah terbakar, seorang mangsa melecur

Tiga rumah musnah terbakar, seorang mangsa melecur

Read Time:39 Second

LAHAD DATU: Seorang mangsa lelaki melecur di tangan kirinya terlibat dalam kejadian kebakaran tiga buah rumah di Kampung Tamoi Baru dekat sini, pada Sabtu.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu sekitar jam 4.04 petang semalam (27 April).

Katanya, 12 anggota dan 2 jentera digerakkan dari Balai Bomba Lahad Datu ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian mendapati tiga buah rumah telah terbakar 100 peratus.

“Terdapat seorang lelaki dilaporkan cedera ringan melecur di tangan kiri dan diberi rawatan oleh pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) di tempat kejadian, bagaimanapun mangsa enggan dihantar ke hospital.

“Operasi pemadaman api terkawal pada jam 4.30 petang sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.47 petang semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular