HomeIsu tempatanSambutan raya JPJ platform eratkan silaturahim

Sambutan raya JPJ platform eratkan silaturahim

Read Time:32 Second

Kota Kinabalu : Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sabah menjadi platform bagi mengeratkan silaturahim.

Ketua Pengarah JPJ Malaysia, Datuk Rospiagos Taha berkata, hubungan yang erat perlu diteruskan bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja melalui suasana kerja yang harmoni serta kondusif.

Rospiagos berkata, pengurusan tertinggi sentiasa menyokong penganjuran majlis seumpamanya bagi memastikan hubungan baik di antara pengurusan tertinggi, anggota dan rakan strategik terus terjalin.

Beliau berkata demikian ketika sambutan majlis berkenaan yang berlangsung di Ibu Pejabat JPJ Sabah, di sini.

Hadir sama, Pengarah JPJ Sabah, Mohd Harris Ali dan Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan JPJ Malaysia, Mohd Tarmizi Talib dan Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

KTYS buka ruang kerjasama mantapkan kursus ditawarkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular