HomeIsu tempatanPekan Kecil Mengkabong dibina tahun ini

Pekan Kecil Mengkabong dibina tahun ini

Read Time:1 Minute, 22 Second

Tuaran : Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Dalit akan terus dibangunkan dengan pelbagai rancangan pembangunan demi keselesaan rakyat khususnya di kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Dalit Datuk Jasnih Daya berkata, ia termasuklah melibatkan pembinaan Pekan Kecil Mengkabong.

“Pembinaan ini sudah mendapat kelulusan dan terdapat sedikit proses dokumentasi yang perlu diselesaikan sebelum dijangka akan dilancarkan pada tahun ini.

“Selain itu, yang jelas kita telah dapat untuk diagihkan kepada penduduk kawasan Pantai Dalit ini adalah tanah-tanah bagi membuka perkampungan baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sambutan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri DUN Pantai Dalit di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah, Kg Lok Batik, di sini semalam.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan Pengarah Kumpulan Yayasan Sabah, Datuk Seri Ghulam Haidar Khan Bahadar.

Jasnih berkata, tanah itu disediakan khusus kepada penduduk yang tidak mempunyai tapak rumah.

Katanya, Ketua Menteri telah meluluskan sekitar 180 ekar tanah untuk diagihkan kepada penduduk di kawasan Pantai Dalit.

Menurut Jasnih, tapak rumah yang diagihkan membolehkan penduduk turut menerima dan merasa bantuan kerajaan seperti bantuan Rumah Sabah Maju Jaya (SMJ).

Mengulas mengenai sambutan rumah terbuka berkenaan, beliau yang juga Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn. Bhd. berkata tujuan sambutan berkenaan adalah untuk bertemu dan bersama-sama dengan rakyat meraikan suasana hari raya.

“Sambutan hari ini merupakan yang julung kali diadakan memandangkan pada tahun lepas masih terdapat kekangan wabak COVID-19.

“Saya juga berbesar hati atas kesudian Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor untuk bersama-sama dalam sambutan pada hari ini,” katanya.

Kira-kira 5,000 pengunjung hadir memeriahkan sambutan yang bermula sejak jam 6 petang itu.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

103 murid SK Belatik, 88 Mualaf terima sumbangan YNJ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular