HomeUtamaPengamal media bantu kerajaan sebar, terangkan berita tepat, sahih kepada rakyat -...

Pengamal media bantu kerajaan sebar, terangkan berita tepat, sahih kepada rakyat – Masiung

Read Time:2 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Hubungan kerjasama yang baik antara pemimpin kerajaan dengan pengamal media dapat membantu menyebar dan menerangkan berita yang tepat dan sahih kepada rakyat di negeri ini, kata Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Sabah, Datuk Masiung Banah.

Beliau berkata, pemimpin kerajaan dengan pengamal media mempunyai objektif yang sama dalam membantu masyarakat.

“Kita dalam soal membentuk memikirkan dalam soal pembangunan dan perubahan minda masyarakat, kita mempunyai objektif yang sama cuma dalam platform yang berlainan.

“Kami dipimpinan kerajaan mempunyai platform, medium yang tertentu untuk menyampaikan apa sahaja cadangan yang kami boleh bantu masyarakat tetapi media massa ia mempunyai platform berlainan, ia mempunyai penulisan-penulisan dan sebagainya dan apabila hubungan baik antara kerajaan ataupun pemimpin-pemimpin dengan pihak media maka mudah bagi pemimpin menyalurkan maklumat-maklumat kepada pihak media untuk disebarkan kepada masyarakat supaya masyarakat kita mendapat berita atau fakta yang benar.

“Sebab maklumlah dalam dunia sekarang ini dunia tanpa sempadan dalam media sosial ini tidak terkawal seperti facebook, whatsapp dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Aidilfitri 2024 bersama Media Tempatan dan Nasional Sabah di sini, hari ini.

Masiung yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut dan Pengerusi Borneo Cement (Sabah) Sdn Bhd berkata, program Majlis Aidilfitri antara LPPB dengan pihak pengamal media Sabah adalah bertujuan untuk merapatkan lagi silaturrahim yang sedia terjalin antara pimpinan kerajaan dengan pihak media.

Selain menghargai jasa pengamal media yang banyak membantu dalam menjelaskan agenda kerajaan kepada masyarakat, beliau juga yakin pihak media boleh membantu dalam menangkis maklumat-maklumat yang tidak tepat dan disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang semakin berleluasa pada masa kini.

“Terkadang masyarakat kita lebih tertumpu kepada media-media sosial yang terapung di udara tidak pasti faktanya sama ada benar atau tidak mereka terima muat dan share sebagainya.

“Tetapi melalui program seumpana ini maka pihak media boleh membantu kerajaan dalam menerangkan apa fakta sebenarnya, kalau tidak semakin lama, semakin hari masyarakat kita terpesong dengan fakta-fakta yang tidak betul,” tambah beliau.

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan supaya memantapkan lagi kolaborasi antara pengamal media di Sabah, Sarawak dan Semenanjung supaya segala isu seperti mencalarkan perpaduan negara dapat dikongsi dan diketengahkan.

“Saya mendapat cadangan dan pandangan dari rakan-rakan supaya memantapkan kolaborasi ataupun hubungan antara media-media seluruh Malaysia sebagai contoh antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Justeru, sebaiknya perlu ada satu usaha bukan sahaja menyatukan ahli-ahli politik di seluruh Malaysia malahan pengamal media juga harus ada penyatuan supaya kalau ada isu-isu yang boleh mencalarkan perpaduan mungkin melalui persatuan ataupun perhimpunan-perhimpuan sebegitu boleh diletengahkan dan sebagainya.

“Mungkin adakan pertemuan-pertemuan dan sebagainya, saya amat setuju kalau ia dapat dilakukan,” katanya.

Kira-kira 80 pengamal media dari pelbagai organisasi hadir pada majlis itu.

Turut hadir Presiden Persatuan Wartawan Sabah Datuk Muguntan Vanar, Presiden Wartawan Kota Kinabalu, Jimmy Goh dan Pengurus Besar Borneo Cement (Sabah) Sdn Bhd, Michael Kinsuan.

RELATED ARTICLES
Utama

2 Anggota Polis Ulu Tiram Terbunuh, Penyerang Ditembak Mati

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular