HomeUtamaSSA teruja sertai IPSC RMP 2024 Level III di Putrajaya

SSA teruja sertai IPSC RMP 2024 Level III di Putrajaya

Read Time:2 Minute, 5 Second

PUTRAJAYA: Persatuan Menembak Sabah (SSA) teruja menyertai Kejohanan Menembak Terbuka Polis Diraja Malaysia (IPSC RMP) 2024 Level lll anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kelab Menembak Sasaran Shapadu, Putrajaya.

Acara selama tujuh hari bermula pada 29 April hingga 5 Mei 2024 itu disertai penembak handalan dari kelab-kelab menembak seluruh Malaysia, jabatan-jabatan kerajaan malah pasukan keselamatan negara seperti Angkatan Tentera Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

SSA telah menghantar empat orang wakil ahlinya menyertai kejohanan itu iaitu Jeson Yong, Carlson Cassey Alipin, Vincent Yong Tet Ean dan Isagani Campo Jr.

Ketua pasukan SSA, Jeson Yong berkata, acara kali ini persaingan sangat sengit berbanding tahun lalu namun pasukannya menyasarkan sekurang-kurangnya untuk berada di kedudukan ke-16.

“Pertandingan kali ini sangat sengit berbanding tahun lalu, namun persatuan kami juga telah bersiap sedia teruja untuk menyertainya. SSA sebelum ini telahpun mengadakan acara-acara ujian kemahiran menembak peringkat negeri, sebahagian peserta kami sudah kenal pasti kebolehan masing-masing tapi yang lain susah untuk dijangka.

“Dari 94 pasukan yang menyertai acara IPSC RMP 2024 Level lll kali ini kami hanya menyasarkan untuk berada di kedudukan ke-16, kami harap kami dapat melakukan yang terbaik,” katanya ketika ditemui pemberita pada Rabu.

Menurut Jeson, kali terakhir SSA menganjurkan acara seumpama IPSC di Sabah pada tahun 2019 dan merancang untuk membawa acara itu sekali lagi ke Sabah pada masa akan datang.

Katanya, pasukan SSA adalah penembak campuran terdiri daripada kakitangan kerajaan dan swasta.

“Kami juga mengalu-alukan peserta muda menyertai persatuan ini dan kami mula menjalankan acara-acara SSA kebanyakan peserta adalah dari generasi muda seawal usia 13 tahun,” katanya.

Sementara itu, salah seorang peserta SSA, Calson Cassey berkata, ini adalah kali ke-3 beliau menyertai kejohanan IPSC ini.

“Saya menyertai sukan menembak ini dari tahun 2015. Ini adalah kali ke-3 sya menyertai acara IPSC ini dari tahun 2021 dan pertama kali saya dapat top 50, kali kedua top 60 kerana pada ketika itu ramai peserta handalan dari luar negara menyertainya. Jadi tahun ini saya menyasarkan untuk mendapat kedudukan yang lebih baik,” ujarnya.

Menurut beliau lagi, pertandingan kali ini agak sukar kerana undang-undang pertandingan sangat ketat dan sukar.

“Bagaimanapun kita mempunyai ahli pasukan yang kuat di sini, saya fikir selepas acara ini, SSA akan mengadakan banyak lagi acara menembak ini di Sabah.

“Secara peribadi, matlamat saya menyertai kejohanan ini adalah untuk bersaing dengan penembak-penembak terbaik negara, sekaligus memotivasikan diri saya, kalau mereka boleh lakukan, saya juga boleh melakukan yang terbaik juga,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

KBSS perlu gerak program sesuai untuk belia Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular