HomeUtamaTun Juhar hadir Rumah Terbuka Aidilfitri Polis kontinjen Sabah

Tun Juhar hadir Rumah Terbuka Aidilfitri Polis kontinjen Sabah

Read Time:57 Second

Kota Kinabalu: Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah, di sini malam tadi.

Tun Juhar dan isteri diiringi Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan Datin Seri Juliah Salag sempat melawat 18 buah gerai yang dibuka mewakili jabatan dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) seluruh negeri ini sambil beramah mesra bersama para tetamu.

Diadakan di Dataran Kawad Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, tetamu dihiburkan dengan persembahan artis-artis tempatan dengan iringan muzik oleh Kombo Polis IPK Sabah di bawah pimpinan Inspektor Wilbono Zain.

Antaranya ialah, penyanyi lagenda Sabah, Abu Bakar Ellah dan Juara Bintang RTM 2016, Rosario Bianis serta Setiausaha Perhubungan Kepada TYT Sabah Datuk Rashid Mohd Tahir dengan lagu “Joget Kak Lima” dan anakanada Tun Juhar, Datin Al Hanna Surya dengan “Rindu”.

Hadir sama, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Arifin Mohd Arif, Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Seri Kadzim M. Yahya,Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun.

RELATED ARTICLES
Utama

SPRM alu-alukan kerjasama laksanakan program pendidikan antirasuah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular