HomeSukanPiala SMJ : Sabah FC tidak mahu ambil risiko turunkan pemain alami...

Piala SMJ : Sabah FC tidak mahu ambil risiko turunkan pemain alami kecederaan

Read Time:2 Minute, 5 Second

Kota Kinabalu : Pengendali Sabah FC Datuk Ong Kim Swee tidak mahu mengambil risiko terutama bagi menurunkan pemain yang mengalami kecederaan pada perlawanan penentuan juara dan naib juara perlawanan pra musim Piala Sabah Maju Jaya (SMJ) 2024, di Stadium Likas, di sini, malam ini.

Kim Swee berkata, pihaknya perlu menunggu laporan perubatan yang akan dikeluarkan sebelum membuat keputusan untuk menurunkan pemain yang mengalami kecederaan.

“Setiap perlawanan ataupun kejohanan yang kita sertai selalunya setiap pasukan inginkan kejohanan dan seperti saya katakan, jika ada beberapa pemain yang masih belum pulih sepenuhnya atau kepenatan saya tidak akan ambil risiko.

“Ini terpulang pada keadaan esok, kalau kita dapat bermain dengan kesebelasan terbaik sudah tentu saya akan turunkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media perlawanan akhir kejohanan Piala SMJ di Stadium Likas di sini semalam.

Kim Swee berkata, perlawanan itu amat penting sebagai persediaan pasukan Sabah sebelum mengharungi saingan Liga Malaysia yang akan bermula 12 Mei ini.

“Ini perlawanan yang amat penting untuk Sabah dimana kita bermain pada kali terakhir secara kompetetif pada Februari yang lalu dimana kita bermain dalam perlawanan separuh akhit Piala AFC.

“Selepas itu, kita bermain dalam kejohanan Piala SMJ dimana banyak kita pelajari terutama dari segi kombinasi, kekuatan, kelemahan dan juga kita terpaksa menerima hakikat dimana ada beberapa pemain mengalami kecederaan.

“Sudah tentu kita akan gunakan pengalaman dalam Piala SMJ untuk kita bawa ke musim yang baru,” katanya.

Malam ini, Sabah FC akan berdepan Kuala Lumpur (KL) City FC dalam perlawanan penentuan juara dan naib juara perlawanan pra musim Piala SMJ 2024, di Stadium Likas.

Aksi kedua-dua pasukan pada perlawanan akhir Piala SMJ itu pasti menarik perhatian peminat dan penyokong bola sepak Sabah setelah seri tanpa jaringan pada perlawanan kedua, Rabu lalu.

Sabah bernasib baik dapat bertemu sekali lagi dengan KL City setelah berjaya mengikat Kuching City tanpa sebarang jaringan dalam perlawanan ketiga malam semalam.

Keputusan itu membolehkan skuad Sang Badak mengumpul lima mata setelah memenangi satu perlawanan dan seri dua perlawanan, manakala Kuching ketinggalan satu mata.

KL City pula mencatat tujuh mata selepas menang dua perlawanan dan seri sekali, manakala Hougang United FC dari Singapura gagal mengutip sebarang mata apabila tewas dalam semua tiga perlawanan.

Kuching City yang menang satu perlawanan apabila menewaskan Hougang United 1-0 pada Rabu lalu perlu mengalahkan Sabah untuk memintas pasukan tuan rumah itu malam semalam namun terpaksa akur dengan keputusan seri.

Berikutan itu, Kuching City sekali lagi berdepan dengan Hougang United untuk penentuan tempat ketiga dan keempat Piala SMJ yang akan berlangsung di Stadium Likas, petang ini. – SABAH MEDIA 

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah luluskan peruntukan RM12.24 juta naik taraf kemudahan Stadium Likas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular