HomeIsu tempatanRumah Terbuka Aidilfitri wadah erat hubungan silaturrahim

Rumah Terbuka Aidilfitri wadah erat hubungan silaturrahim

Read Time:1 Minute, 6 Second

Beaufort : Lebih 5,000 pengunjung hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan dan Parlimen Sipitang di sini.

Majlis yang berlangsung di Dewan Perpaduan DHRM Kampung Lago itu mula dikunjungi tetamu seawal jam 10 pagi dan diserikan dengan kehadiran beberapa pemimpin Kerajaan negeri.

Antara yang hadir Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Isnin Aliasneh; Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Joniston Bangkuai dan Penasihat Perdana Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam berkata, terdapat sedikit kelainan penganjuran majlis pada tahun ini berbanding tahun sebelumnya apabila ia dilaksanakan di kawasan kampung.

“Program pada hari ini kita anjurkan di kawasan kampung dimana sebelum ini kita anjurkan di pekan. Pada hari ini juga kita lihat lebih 5,000 tetamu hadir memeriahkan majlis.

“Penganjuran kali ini juga dilihat memudahkan orang ramai untuk hadir kerana masyarakat dari kampung berhampiran juga boleh datang berkunjung,” katanya.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, sambutan yang diadakan setiap tahun itu juga mampu mengeratkan lagi hubungan silaturrahimn dalam menyambut suatu perayaan khususnya di Sabah.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. Kerana tanpa ada usaha dan kerjasama antara mereka, sudah tentu program ini tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Pesta Kaamatan landasan terbaik kukuhkan ikatan perpaduan merentasi agama, bangsa dan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular