HomeUtamaRakyat berhak terima kenaikan gaji sama seperti penjawat awam

Rakyat berhak terima kenaikan gaji sama seperti penjawat awam

Read Time:6 Minute, 57 Second

Oleh WAN AZRAIN ADNAN

1.        Sempena sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei 2024, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam melebihi 13%, bermula 1 Disember 2024. Kenaikan gaji berkenaan di anggar melibatkan peruntukkan tambahan sebanyak RM 10 billion.

2.        Menurut Menteri Komunikasi Malaysia, maklumat terperinci mengenai kenaikan gaji penjawat awam tersebut di jangka akan di umumkan pada Oktober 2024, semasa pembentangan Belanjawan Negara 2025.

3.        Ini merupakan kenaikan gaji tertinggi untuk penjawat awam di dalam sejarah negara, memandangkan kenaikan gaji melebihi 13% ini meliputi keseluruhan peringkat jawatan, merangkumi hampir 1.6 juta penjawat awam.

4.        Sebagai perbandingan. Pada tahun 2007, kenaikan gaji penjawat awam sebanyak 35% hanyalah melibatkan Kumpulan Perkhidmatan Sokongan II sahaja, manakala lain-lain Kumpulan Perkhidmatan menerima kenaikan gaji di antara 7.5 – 25%.

5.        Walau-apa pun perbandingan yang di buat, yang penting ialah penjawat awam dapat menikmati kenaikan gaji yang di tunggu-tunggu untuk sekian lama. Pengumuman kenaikan gaji berkenaan sudah pasti memberikan kelegaan dan kegembiraan kepada semua penjawat awam.

6.        Secara am-nya, kenaikan gaji berkenaan wajar dan bertetapan untuk memberikan ‘Gaji Bermaruah’ kepada penjawat awam, terutamanya penjawat awam di gred jawatan rendah. Amatlah mengejutkan masih ada segelintir penjawat awam yang menerima gaji yang terlampau rendah, seumpama terpinggir dan di lupai, serta berada di dalam Twilight Zone.

7.        Sebagai contoh. Pada Oktober 2023, Ketua Polis Negara menyatakan bahawa gaji permulaan bagi anggota polis berpangkat Konstabel ketika ini hanyalah RM 1,441 sebulan. Kadar gaji ini berada di bawah Gaji Minimum Kebangsaan (RM 1,500 sebulan).

8.        Ini adalah situasi yang amat malang di mana Kerajaan Malaysia sendiri masih menyediakan gaji di bawah Gaji Minimum Kebangsaan, lebih-lebih lagi melibatkan anggota polis yang memikul tanggungjawab mengawal keselamatan negara dan menjaga ketenteraman rakyat. 

9.        Fakta menarik: Gaji Minimum Kebangsaan mula di laksanakan oleh Kerajaan Malaysia pada tahun 2013, dengan kadar RM 900 sebulan (RM 800 sebulan untuk Sabah, Sarawak dan Labuan). Sejak itu, kadar Gaji Minimum Kebangsaan telah di semak dan di naikkan beberapa kali. Bermula 1 Mei 2022, Gaji Minimum Kebangsaan telah di tetapkan pada RM 1,500 sebulan.

10.      Tambahan lagi, dengan kenaikan gaji berkenaan, penjawat awam sedikit-sebanyak boleh menangani cabaran kos sara hidup masa-kini yang kian meningkat, serta mendapat kesejahteraan hidup yang lebih baik. Sebenarnya, ramai penjawat awam menghadapi masalah kewangan dan menanggung jumlah hutang yang tinggi.

11.      Pada tahun 2017, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di laporkan berkata bahawa lebih 49,000 penjawat awam berdepan dengan risiko menjadi muflis, akibat kegagalan menguruskan hutang pinjaman.

12.      Tanpa data terkini, jumlah tersebut berkemungkinan telah bertambah banyak, berdasarkan kos sara hidup yang meningkat sejak tahun 2017, termasuklah mengharungi pandemik Covid-19 antara tahun 2020 – 2022.

Sumber: Berita Harian 8 Mac 2017

13.      Pada masa yang sama, kenaikan gaji berkenaan juga dapat memastikan jurang gaji di antara sektor awam – swasta tidak menjadi terlalu besar. Namun begitu, kenaikan gaji sektor awam ini mungkin pula mendorong sektor swasta untuk turut menaikkan gaji. Sekiranya berlaku, ianya boleh memburukkan lagi situasi ‘penghijrahan’ penjawat awam ke sektor swasta, yang mampu menawarkan pakej gaji yang lebih lumayan.

14.      Ramai penjawat awam, terutamanya melibatkan frontliner seperti doktor dan jururawat, telah meninggalkan perkhidmatan awam dan berhijrah ke sektor swasta di dalam dan luar negara. Malah graduan baru juga kurang berminat untuk menyertai perkhidmatan awam, dan lebih memilih untuk bekerja di sektor swasta. 

15.      Sebagai contoh. Baru-baru ini, Menteri Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa isu kekurangan jururawat di Malaysia sudah berada di tahap kritikal, di mana jumlah kekurangan jururawat di unjurkan mencapai hampir 60% menjelang tahun 2030.

16.      Pengumuman kenaikan gaji penjawat awam berkenaan telah menimbulkan pelbagai reaksi rakyat Malaysia. Rata-rata, rakyat menerima pengumuman kenaikan gaji penjawat awam berkenaan secara positif, sebagai menghargai peranan dan tanggungjawab besar penjawat awam di dalam pentadbiran dan pembangunan sosio-ekonomi negara.

17.      Namun begitu, ramai juga yang mempertikai kenaikan gaji tersebut dan mempersoal kewajaran penjawat awam menerima kenaikan gaji yang begitu besar, walhal perkhidmatan awam di lihat sebagai tidak cekap, perlahan dan bergelumang dengan salah laku, termasuklah rasuah.

18.      Sebagai contoh. Setiap tahun, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) akan mempamerkan pelbagai kelemahan pentadbiran dan pengurusan kewangan agensi kerajaan di seluruh negara. Akibat kelemahan, kecuaian serta salah laku penjawat awam, negara telah mengalami jumlah kerugian yang teramat besar.

19.      Oleh yang demikian, rakyat merasa amat dukacita kerana duit kutipan cukai daripada hasil kerja keras dan titik peluh rakyat telah di belanjakan secara tidak berhemah. Tambah mendukacitakan, kelemahan pengurusan kewangan terus berlaku berulang-ulang tanpa tindakan tambah-baik/ corrective yang efektif, seolah-olah prinsip akauntabiliti di buang ketepi.

Sumber: Utusan Malaysia 7 Mac 2024
Sumber: Astro Awani 28 Oktober 2021

20.      Walaupun majoriti penjawat awam menjalankan tugas dengan baik dan amanah, sekumpulan kecil penjawat awam yang tidak bertanggungjawab telah memberikan gambaran yang buruk kepada keseluruhan perkhidmatan awam. Hanya kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

21.      Justeru itu, dengan kenaikan gaji berkenaan, adalah munasabah untuk rakyat menuntut perkhidmatan awam yang lebih cekap, pantas dan amanah. Sistem penyampaian perkhidmatan awam mestilah meningkat sejajar dengan kenaikan gaji penjawat awam.

22.      Rakyat juga menuntut perkhidmatan awam agar mengoptimumkan dana kerajaan dengan melaksanakan dasar dan program yang benar-benar memberikan kesejahteraan kepada rakyat.

23.      Pada masa yang sama, rakyat tertanya-tanya bagaimana Kerajaan Malaysia akan menanggung peruntukan tambahan RM 10 billion untuk membiayai kenaikan gaji berkenaan. Ini telah menimbulkan kebimbangan bahawa peruntukan tambahan yang besar ini akan memberi tekanan hebat kepada kewangan negara, dan seterusnya menjejaskan agenda pembangunan negara.

24.      Ketika ini, di bawah Belanjawan Negara 2024, perbelanjaan untuk gaji/ emolument penjawat awam di anggarkan berjumlah RM 96 billion, iaitu hampir 1/3 daripada keseluruhan anggaran perbelanjaan Kerajaan Malaysia.

Sumber: The Star                                                                 

25.      Mungkin Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang di laksanakan baru-baru ini akan dapat membantu Kerajaan Malaysia menguruskan kewangan negara dengan lebih cekap, dan mengurangkan pembaziran serta ketirisan.

26.      Sebagai contoh. Sistem PADU yang memiliki maklumat terkini rakyat Malaysia membolehkan Kerajaan Malaysia untuk melaksanakan program subsidi bersasar, yang di jangka akan menghasilkan penjimatan yang besar. Penjimatan perbelanjaan subsidi tersebut boleh di salurkan untuk lain-lain perbelanjaan Kerajaan Malaysia, termasuklah membiayai kenaikan gaji penjawat awam.

Oleh itu, kenaikan gaji berkenaan dapat di biayai tanpa memerlukan sumber kewangan tambahan.

27.      Laporan Statistik Upah Pekerja (Sektor Formal) Suku Tahun Ke-3 2023 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan ramai pekerja sektor formal di Malaysia, yang berjumlah 6.678 juta orang, memperolehi pendapatan bulanan yang rendah.

28.      Antara intipati utama laporan tersebut adalah:

  • 47% pekerja formal memperolehi upah di bawah RM 2,500 sebulan, menurun daripada 50.3% yang di rekodkan pada September 2022.
  • median atau penengah upah bulanan pekerja pada September 2023 adalah sebanyak RM 2,600. Sebagai perbandingan, paras Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) negara adalah RM 2,589 sebulan.

29.      Maka, sudah pasti seluruh rakyat Malaysia turut mengharapkan kenaikan gaji sebagaimana yang di nikmati oleh penjawat awam. Mungkin kenaikan gaji penjawat awam akan menjadi pemangkin untuk mendorong majikan sektor swasta untuk juga menaikkan gaji pekerja, terutamanya gaji pekerja di peringkat permulaan dan bawahan.

30.      Sering kala, ramai berpandangan terdapat jurang gaji yang ketara di antara peringkat kerja atau jawatan di dalam sesebuah syarikat. Ini seterusnya menimbulkan persepsi bahawa keuntungan syarikat lebih di nikmati oleh majikan dan peringkat atasan.

31.      Justeru itu, bersesuaian dengan prinsip ESG (Environmental, Social, Governance), ada wajarnya Syarikat Berkaitan Kerajaan/ Government Linked Companies (GLCs) serta Syarikat Awam Tersenarai/ Public Listed Companies di Malaysia di wajibkan melapor tangga gaji pekerja mengikut gred perjawatan di dalam Laporan Tahunan syarikat. Ketika ini, Syarikat Awam Tersenarai/ Public Listed Companies hanya melaporkan gaji Pengarah Syarikat sahaja.

RELATED ARTICLES
Utama

Nurul Yanadido ke Hongkod Koisaan kali kedua

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular