HomeUtamaNurul Yanadido ke Hongkod Koisaan kali kedua

Nurul Yanadido ke Hongkod Koisaan kali kedua

Read Time:43 Second

Kota Kinabalu : Nurul Yanadido berjaya dinobatkan sebagai juara pertandingan Unduk Ngadau Pesta Kaamatan peringkat Bandaraya Kota Kinabalu yang berlangsung di pusat membeli belah Imago di sini petang tadi.

Kemenangan itu membolehkan Nurul membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM12,000, Tiara, Piala, Sash dan Jambangan Bunga.

Lebih menarik, kemenangan ini adalah kali kedua dia layak ke pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan peringkat negeri yang akan berlangsung di Hongkod Koisaan Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) hujung bulan ini.

Sementara itu, tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi Jovita Claire Joseph yang akan mewakili KDCA Tanjung Aru dan Locebeth Linsing (KDCA Bandaraya).

Jovita membawa pulang hadiah wang tunai RM8,000, Tiara, Piala, Sash dan Jambangan Bunga.

Manakala Locebeth membawa pulang hadiah wang tunai RM6,000, Tiara, Piala, Sash dan Jambangan Bunga.

Hadiah disampaikan isteri kepada Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datin Florence I. Malangkig. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

SPRM alu-alukan kerjasama laksanakan program pendidikan antirasuah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular