HomeIsu tempatanPesta Kaamatan landasan terbaik kukuhkan ikatan perpaduan merentasi agama, bangsa dan kaum

Pesta Kaamatan landasan terbaik kukuhkan ikatan perpaduan merentasi agama, bangsa dan kaum

Read Time:1 Minute, 27 Second

Kota Kinabalu : Sambutan perayaan Pesta Kaamatan yang diadakan setiap tahun khususnya di negeri ini dilihat merupakan satu landasan terbaik bagi mengukuhkan lagi ikatan perpaduan dan persefahaman merentasi sempadan agama, bangsa dan kaum.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia seiring dengan agenda perpaduan yang merupakan keutamaan Kerajaan negeri Sabah.

Justeru katanya, rakyat di negeri ini perlu mengambil berat selain memahami, menghargai dan menerima kepelbagaian serta keunikan budaya yang diwarisi sejak zaman dahulu lagi.

“Suka saya mengingatkan rakyat di negeri ini khususnya generasi muda hari ini, hargailah kemakmuran yang kita capai.  Tunjukkanlah teladan selaku bangsa yang disegani dan dihormati.

“Seperti juga perayaan suku kaum yang lain, keunikan perayaan Pesta Kaamatan akan menjadi daya tarikan pelancong yang mampu membantu merancakkan lagi sektor pelancongan negeri ini termasuk Bandaraya Kota Kinabalu.

“Keunikan budaya dan adat resam rakyat berbilang kaum khususnya di negeri ini adalah aset yang paling penting bagi kita.  Dengan keindahan semula jadi yang bertaraf dunia dan keunikan budaya berbilang kaum, Sabah terlah menjadi destinasi pilihan bagi pelancong seluruh dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Abidin Madingkir.

Hajiji berkata, Kerajaan sentiasa memberi sokongan kepada sambutan dan program kebudayaan serta keagamaan di negeri ini.

Katanya, melalui program kebudayaan ianya dapat memantapkan lagi perpaduan masyarakat yang berbilang kaum dan memberi peluang untuk rakyat mengenali, memahami dan menghargai agat serta budaya suku kaum masing-masing.

“Bagi menambah lagi daya tarikan kepada perayaan ini, saya berpendapat elemen penganjuran Pesta Kaamatan wajar diterjemahkan dalam aspek yang lebih luas.

“Idea baharu dan nilai kebudayaan yang menarik dalam sambutan Pesta Kaamatan perlu dikupas secara komprehensif dan dizahirkan melalui penganjuran pengisian program yang baharu,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Maritim Malaysia tahan bot lakukan aktiviti pemindahan minyak tanpa kebenaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular