HomeUtamaDBKK laksana pemeriksaan berjadual ke atas pokok dibawah seliaan

DBKK laksana pemeriksaan berjadual ke atas pokok dibawah seliaan

Read Time:58 Second

Kota Kinabalu : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sentiasa melaksanakan pemeriksaan ke atas pokok-pokok yang terdapat di sekitar bandaraya menerusi program berjadual yang dilaksanakan pada setiap bulan.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Sabin Samitah berkata, ia termasuk pemeriksaan pokok matang bagi mengelakkan berlaku kejadian pokok tumbang yang boleh memberi kesan bahaya kepada orang ramai.

“Kita memang mempunyai program berjadual untuk memeriksa pokok-pokok matang sekitar bandaraya dan sehingga kini sebanyak 18,756 pokok berada dibawah jagaan DBKK.

“Berdasarkan rekod kita pada dua hari terakhir, terdapat 15 kejadian pokok tumbang akibat tiupan angin.  Hari ini (semalam) ada dua kejadian dan semalam (kelmarin) ada 13 kejadian.  Kita bersama agensi berkaitan telah bekerjasama bagi memastikan keselamatan pengguna terjaga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri sambutan Pesta Kaamatan peringkat Bandaraya Kota Kinabalu di sini semalam.

Majlis itu dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan diwakili Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam.

Sabin berkata, tindakan memotong dahan mahupun pokok berbahaya kepada orang ramai juga giat dilaksanakan.

Katanya, sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang tuntutan kerugian selain tidak ada berlaku sebarang kemalangan berkaitan pokok tumbang sekitar bandaraya Kota Kinabalu. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular