HomeUtama3 lemas, 3 lagi hilang dihanyut kepala air ketika hiking di Lembah...

3 lemas, 3 lagi hilang dihanyut kepala air ketika hiking di Lembah Mak Sina

Read Time:1 Minute, 7 Second

LAHAD DATU: Tiga daripada enam mangsa yang dikhuatiri lemas terperangkap dalam kejadian kepala air semasa menjalankan aktiviti hiking di Lembah Mak Sina River Trekking, Pantai Makuau di sini pada Ahad, telah dijumpai pada jam 1.37 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba Lahad Datu ,Sumsoa Rashid ketika dihubungi pemberita mengesahkan kejadian dan memaklumkan operasi hari kedua hari ini (6 Mei), tiga jasad mangsa telah ditemui tertimbus di bawah kayu balak pada jam 1.37 pagi tadi iaitu seorang lelaki dewasa, seorang perempuan dewasa manakala seorang tidak dikenalpasti.

“Operasi mengeluarkan jasad mangsa kini giat dijalankan. Manakala 3 lagi mangsa belum ditemui. Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.

Menurut Sumsoa, semalam (5 Mei) pihak Bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 8.28 malam.

“Kejadian melibatkan seramai 17 orang mangsa terperangkap di seberang sungai disebabkan berlakunya kejadian kepala air semasa menjalankan aktiviti hiking di Lembah Mak Sina River Trekking Pantai Makuau, Lahad Datu.

“Dua orang mangsa telah berjaya keluar sendiri sebelum ketibaan pasukan Bomba dan sembilan orang mangsa telah berjaya dikeluarkan dengan selamat oleh pasukan penyelamat. Manakala enam orang mangsa belum ditemui pada ketika itu.

“Selain pasukan Bomba dari BBP Lahad Datu dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Felda, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dilancarkan semalam,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Nurul Yanadido ke Hongkod Koisaan kali kedua

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular